Friday, July 31, 2015

#sedekah menambah rezeki

Salam dan selamat petang kepada pembaca blog saya..hari ini sy dan keluarga pergi ke majlis perkahwinan kawasan perumahan di antara gapi..sambil makan boleh terpandang dengan ais herba ini..walaupun ambil perasa milo tetapi terlihat 'percuma'..beruntung sungguh tuan rumah mendapat rezeki ini dan tahniah juga kepada yayasan ini memberi sumbangan..semoga allah swt membalas ganjaran kepada penyumbangan yayasan tersebut..(beruntung klu umat islam berwakaf dan duit wakaf membantu ekonomi islam)



Thursday, July 30, 2015

#Bersabarlah ketika menimba ilmu

Salam dan selamat petang kepada pembaca blog saya..Tahniah kepada kaum lelaki kerana menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim pada hari ini..kadang-kadang kita kena bersabar ketika menerima dugaan samaada susah atau senang..contohnya gambar ini..budak-budak sekolah terpaksa menunggu pemandu bas ketika habis solat jumaat..sudah hujan lebat pulak tetapi demi iman dan ilmu mereka sanggup menunggu(teringat waktu sekolah dulu..😁😁😁😁)



(Bukan tidAk bagi tumpang tapi ramai diaorang ni😁😁😁)

#Masak Daging kambing lada hitam

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog..Hari ini tak nak post apa tentang politik ke bola ke atau sebagainya..hari ini saya hendak post tentang masak daging kambing lada hitam (blackpepper) oleh isteri saya..tidak susah memasak klu kita ada kerjasama di dapur..rajin2 lah sang suami membantu isteri di dapur..akan bertambah kasih sayang dalam hubungan..sudah lah harga kambing jatuh dan murah giler..(tidak percaya glah giant,tesco atau pasarraya lain)..


(Sudah boleh masak di kedai ini..#warung norlot)

Wednesday, July 29, 2015

Bukit Aman Terbakar

Salam dan selamat malam kepada pembaca blog saya..pada pkl 7 lbh td dikhabarkan satu kejadian kebakaran berlaku di bangunan polis bukit aman..punca kebakaran ini dikhabarkan akibat litar pintas di tingkat 9 dan 10..nasib baik kebakaran ini tidak mengakibatkan kehilangan nyawa dan hanya kemusnahan harta benda sahaja..kebakaran di bangunan ini dapat dipadamkan dengan ketibaan anggota bomba yang cekap dan pantas..di harap fail2 penting tidak hilang..(sendiri mahu ingat)😁😁😁😁
(Tidak jauh dari tempat hotel saya duduk)

Tuesday, July 28, 2015

Zahid hamidi jadi TPM Baru Malaysia

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..hari semAlam merupakan hari yang indah bg zAhid hamidi yang di angkat sebagai timbalan perdana menteri mAlaysia baru..saya ucapkan tahniah..semoga dia menjalankan tugas dengan amanah dan jujur(jgn lah bawa 1.5 juta bangla dalam masa 3 tahun)..amin

Saturday, July 25, 2015

Sungai Pahang Makin Kering

salam dan selamat malam kepada pembaca blog saya..disini saya memaparkan gambar yang diambil dari facebook mengenai keadaan sungai Pahang..Klu diikutkan pada musim ini , pahang mengalami mengalami cuaca pahang (negeri lain saya tidak tahu)..cuaca yang panas akan menyebabkan kawasan tadahan air mengalami kemerosotan bekalan air secara teori lah..tetapi mengikut pemilik facebook tersebut yang juga bekas wartawan di malaysia dan juga peternak ikan sangkar..kemerosotan air sungai pahang disebabkan oleh pembalakan haram di taman negara..saya berharap sangat kejadian ini tidak berlaku..Kerajaan pahang sepatutnya mengambil tindakan tegas supaya tidak lagi berlaku banjir besar pada tahun ini..kesian kepada rakyat..

Friday, July 24, 2015

Pasukan Liverpool Gigit jari???

salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..di sini siapa menonton perlawanan antara liverpool dengan pasukan pilihan malaysia..bagaimana perlawanan tersebut , adakah menarik ,tertarik atau bosannn..hehehe. Disini saya ingin mengucapkan tahniah kepada dollah saleh dan pemain tempatan yang bermain bersungguh -sungguh dengan pasukan kelab EPL(bagusnya klu pemain kita bermain seperti ini ketika berlawanan di kelayakan piala dunia dan asia)..kita hendak bermain bermatian ketika menyarung jersi kebangsaan walaupun dapat elaun kecil..lepas ini dollah saleh jangan memberi alasan pelbagai..dan ambil pemain yang berminat untuk mewakili negara..


      (Pemain Pilihan Malaysia, Charles Chad Souza mengawal bola melepasi kawalan dua pemain Liverpool dalam aksi Perlawanan Persahabat yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Keputusan semasa kedua-dua pasukan terikat 1-1.)

Wednesday, July 22, 2015

Tuesday, July 21, 2015

Nasi RM8 Di Kuantan

salam dan selamat petang kepada pembaca blog saya..Minggu ini merupakan minggu pertama orang bekerja dan esok merupakan hari bersekolah bagi para pelajar yang sudah habis bercuti..
bagaimana pengalaman berhari raya di kampung..mesti seronok kan??anak-anak mesti dapat duit raya dari kaum keluarga..
Disini saya telah mengambil gambar yang di paparkan di facebook oleh warga kuantan tentang ketidakpuasan hati terhadap harga nasi campur berharga rm8.00..dari pengalaman saya jikalau para peniaga ini meletakkan harga rm8 mungkin ada sebabnya contohnya harga bahan mentah yang mahal, sewa bangunan dan  termasuknya kos-kos yang lain..jika kita hendak murah kita masak kat rumah lah(maaf jika tersalah cakap).. 


Sunday, July 19, 2015

Selamat hari raya

Salam dan selamat malam kepada pembaca blog saya..bagaimana kita menyambut hari raya pertama kedua dan ketiga..sudahkah kita meminta maaf kepada kedua ibubapa kita,menziarahi sanak saudara kita,kawan-kawan dan orang tersayang..mesti meriah jika beraya bersama dengan orang tersayang..betul kan?..disamping kita menyambut hari raya,kita hendak beringat ketika memandu di jalan raya samaada ingin pulang ke rumah masing2 atau beraya di kampung..ingatlah orang tersayang.. Jangan lah memandu terlalu laju dan merbahayakan orang lain..periksa kereta sebelum melakukan perjalanan..rehatlah secukupnya supaya kita tidak mengantuk ketika membawa kenderaan..😁😁😁😁😁😁







Thursday, July 16, 2015

Selamat menyambut hari raya

Salam dan selamat hari raya kepada semua manusia yang beragama islam khususnya penduduk malaysia..hehe..kalau dulu mesti kita menunggu di depan tv untuk melihat penyimpan mohor besar raja menyampaikan tarikh bulan ramadhan atau syawal..detik ini akan memeriahkan lagi suasana bulan syawal kerana ada dikalangan keluarga kita menjerit sok hari raya..betul x??heheh..klu saya menulis dengan tidak betul selama ini, harap maafkan..selamat hari raya

Monday, July 13, 2015

Tahniah Kerajaan Pahang Darul Makmur

salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..Disini saya ingin mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada kerajaan Pahang darul makmur kerana telah mengambil tindakan amat drastik menamatkan 34 pemegang lesen melombong bauksit yang rakus dan tidak bertanggungjawab berkuatkuasa 31 julai ini..walaupun sudah lama rakyat dearah kuantan bersabar dengan tingkah laku pengusaha bauksit..siapa yang berada di dearah kuantan terutamanya penduduk di bukit goh dan gebeng tahu seksa lalu di kawasan ini..jalan dan rumah akan di penuh dengan debu selain perniagaan serta kesihatan semakin merosot..apa- apa pun tahniah kepada menteri besar pahang yang akhirnya memahami perasaan penduduk kuantan

(jangan belit sudah)

Thursday, July 9, 2015

Syukur Malaysia Masih Aman

   salam dan selamat malam kepada pembaca blog saya..kenapa saya pilih tajuk syukur malaysia masih aman..bukan saya ingin perli atau kutuk sesiapa pun..tetapi disini saya ingin menyatakan bahawa kita patut bersyukur selepas saya menonton program Hajat di astro prima..Program hajat ini membantu pelarian chechen di Negara Poland..Bagaimana kesukaran hidup umat nabi muhammad saw di sana..dari segi makanan yang tidak halal , tempat tido , pendidikan serta tiada masjid..
selain itu jika mereka ingin bekerja mereka mestilah menguasai bahasa Poland yang amat susah sekali..mereka duduk di dalam kem yang mana satu bilik untuk satu keluarga..bertapa susahnya mereka..disini saya mengucapkan tahniah kepada ustaz syed kadir kerana berjaya membantu masyarakat di sana..

                                   
             (ambil pic dari fb muslim care)

Tuesday, July 7, 2015

Pengertian zakat fitrah

    Salam dan selamat petang kepada poembaca blog saya.. sudah anda menunaikan rukun islam yang ke empat iaitu membayar zakat.. zakat boleh dibahagikan kepada pelbagai kategori iaitu zakat fitrah ,perniagaan dan harta..tetapi dalam bulan ramadhan , zakat fitrah wajib di bayar oleh semua umat islam..zakat fitrah hendaklah dibayar mengikut tempat kita memcari rezeki..contohnya klu orang pahang bekerja di kuala lumpur hendak dibayar disana dan bukannya di pahang..klu dibayar di pahang hukum berdosa kerana mengambil rezeki orang.. 

  Zakat Fitrah adalah zakat yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan atau bulan puasa yang dibayarkan paling lambat sebelum kaum muslim selesai menunaikan ibadah solat hari raya. Dan apabila pelaksanaan zakat dilakukan setelah selepas solat hari raya, maka zakat tersebut bukan lagi masuk kedalam kategori zakat, akan tetapi berupa sedekah biasa. Salah satu hadist yang memperkuat hal tersebut adalah: 

"Bahwa Rasulullah memerintahkan agar zakat fitrah diberikan sebelum orang-orang Islam pergi untuk menunaikan ibadah solat hari raya . (Hadist Shahih Muslim 1645)"


Jadi apa tunggu lagi marilah kita membayar zakat ..heheheh

Jom cari Lailatur Qadar

    Salam dan selamat pagi kepada semua pembaca blog malaysia..saya ingin mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang tidak tido dan bangun pada waktu untuk beribadat.. Ini kerana pada sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan manusia akan berlumba -lumba mengerjakan ibadat kepada allah swt demi hlailatul qadar..malam lailatul qadar bermaksud malam seribu bulan kita beribadat..klu manusia hidup 100 tahun pun belum tentu dapat beribadat selama seribu bulan..jadi marilah kita beribadat demi kesenangan di akhirat nanti..ketepikan dunia ini sebentar...jom kita solat

                          

Thursday, July 2, 2015

Kerajaan Malaysia Sekarang

Salam dan selamat petang kepada pembaca blog saya..Hari ini Dlm Dok Heboh-heboh  Rakyat Memperkatakan Soal GST, Minyak Petrol Naik Dan Byk Barang Keperluan Harian Naik Belaka... Tiba2 pula Menteri Kerjaraya Kata "Tol Terpaksa Naik" Gara2 Nak Selamatkan Duit Subsidi Kerajaan Maka Rakyat Jadi Mangsa Lagi. Sungguh Terharu Melihat Adengan Ini. Soalnya Mana Pergi Laungan "Tradisi Membela Rakyat Dan Rakyat Di Dahulukan?". Kasihan Rakyat Terpaksa Hadapi Semua Ini Dgn Hati Yg Kecewa. Itulah Kesusahan Kita Bila Jd Rakyat. Apa Pun Harap Rakyat Bersabar Di Bulan Ramadan Al-Mubarak Ini. Jgn Panik Dan Teruskan Kehidupan Seperti Biasa Walau Pun Tersiksa Jiwa Dan Raga.