Thursday, March 28, 2013

Program Perjumpaan Dengan Penduduk Kawasan


semua sudah tahu bahawa Pilihanraya akan berlangsung pada tahun ini..setiap dun akan mengalami pembubaran termasuk lah parlimen. Pada masa itu semua wakil rakyat akan turun ke kawasan masing demi menjaga kubu mereka daripada dicerobohi oleh pihak musuh samaada kerajaan atau pembangkang..Ini termasuk lah Adun Inderapura Dato Haji Shafik Fauzan merangkap exco pelancongan negeri pahang..Beliau      
turun ke kawasan bagi mengetahui masalah yang ditimpa oleh penduduk kawasan..



Yb Inderapura memulakan Majlis Ramah mesra ni dengan menanya khbar penduduk kg


santai je yb inderapura ini


Thursday, March 21, 2013

Majlis Tahlil Arwah Tok4


Pada 21/03/13 [Khamis] Jam 7.30 mlm , satu program membaca tahlil telah diadakan oleh penduduk kg cherok paloh , jabatan penerangan  bersama-sama  yb inderapura di masjid kg cherok paloh..Program ini diadakan bertujuan mengingati jasa-jasa yang pernah ditaburkan oleh arwah ketua kampung tok4 ali..beliau sungguh banyak jasa kepada penduduk kerana selain ketua kampung , beliau merupakan tok iman masjid di kg tersebut..


Kehadiran Yb Inderapura Datuk Shafik Fauzan


Adik Arwah mengucapkan terima kasih kepada Yb inderapura


agak2 orang umno tak masuk syurga ke


kehadiran pegawai dearah kuantan (Datuk DO)
moga-moga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman

Wednesday, March 13, 2013

Sultan Yang Berjiwa Rakyat

 
Pada 13/3/2013 [ rabu] jam 10.30 pagi , Penduduk kg ubai hilir mendapat keberangkatan KDYMM Sultan Pahang Mencemar duli di rumah Haji Bakar bin sulaiman(rumah terbakar)..Kehadiran Tuanku disambut oleh wakil rakyat inderapura merangkap Exco Kerajaan Negeri Pahang dan juga penduduk kampung ubai..Baginda ingin melihat sendiri kemusnahan yang dilanda oleh penduduk kg ubai (haji sulaiman). Baginda juga menyumbang sedikit bantuan kepada Haji bakar dalam membina kembali rumah beliau disamping bantuan dariapada kerajaan negeri pahang..Kebakaran ini menyebabkan Haji Bakar dan anak-anaknya kehilangan tempat tinggal dan menumpang rumah jiran
 
 
 
 kehadiran YB Inderapura Dato Haji Shafik Fauzan Bin Sharif
 

 Melihat penyakit yang dihadapi oleh cucu haji bakar



Kehadiran KDYMM Sultan Pahang
 



Monday, March 11, 2013

Kg Ubai Hilir , Kuantan

Pada 11/3/13[Selasa] , jam 11.30 satu kebakaran telah melanda rumah penduduk kg ubai kuantan..Kebakaran ini berpunca dari litar pintas rumah yang disedari oleh pemilik rumah tersebut iaitu Haji Bakar. Ketika itu beliau baru sahaja menikmati sarapan pagi bersama cucunya..Kebakaran itu telah memusnahkan rumah beliau dalam masa 10 minit sahaja..Penduduk Kg Ubai boleh melihat asap hitam yang besar di udara..kehadiran bomba dari Bandar Pekan tidak dapat menyelamatkan harta benda beliau..selain itu kehadiran Wakil Rakyat Inderapura telah dapat membantu serba sedikit bantuan yang diberikan kepada beliau..Lihat lah gambar dibawah ini



Salah Seorang anggota bomba memadamkan api


habis satu rumah terbakar


kehadiran Wakil Rakyat Inderapura



Saturday, March 9, 2013

Program Menziarahi Penduduk Kawasan

Pada 9/3/13[sabtu] Yb Inderapura telah menziarahi penduduk kawasan di Taman Perumahan Kg Hijrah yang mengalami kemalangan jalanraya..Mangsa telah menerima lebih 50 jahitan di atas kepala dan kaki. Pada masa itu mangsa membawa lori ke pekan untuk mengambil barangan syarikat tempat mangsa bekerja..lori mangsa telah berlanggar dengan lori kelapa sawit yang ingin ke kuantan. Mangsa berasa bersyukur kerana mangsa selamat dan tidak mengalami kecederaan yang amat teruk. Kebetulan Yb Inderapura berada di Taman Kg Hijrah beliau telah menziarahi keadaan mangsa tersebut..


Yb Inderapura melihat keadaan mangsa tersebut

 


Sunday, March 3, 2013

Program Kenali Jiran di Taman Sri Inderapura

Pada 3.3.13[Ahad] Satu Program Kenali Jiran Peringkat Negeri Pahang Diadakan Di Padang Taman Sri Inderapura..program ini diadakan bertujuan supaya setiap pemilik rumah (taman) mengenali jiran beliau..ini juga dapat mengelak berlakunya jenayah jika pemilik rumah mengenali jiran beliau..selain itu mereka boleh merapatkan hubungan sesama manusia tanpa mengira bangsa , agama dan pendidikan..ia telah dirasmikan oleh Datuk Seri Diraja Menteri Besar Pahang..


         Wakil Rakyat Adun Inderapura menanya khabar kepada penduduk kawasannya
 Menteri Besar Pahang ingin mengetahui bagaimana cara seludup barang di penjara
 melihat bengkel motor