Monday, August 22, 2011

geram betul

ari ni aku mcm nak marah je..dah lah orang luar lepas itu boleh kutuk pemimpin tempatan aku pulak..bajet dia bagus lah plk..aku klu orang negeri sendiri kutuk xpelah, ini tidak dia orang luar..mcm tempat dia plk..kira dah baiklah kerajaan pahang bagi orang luar kerja ngan kerajaan negeri..cuba orang pahang g minta kat tempat ln , mesti xdapat pny..sedar lah orang luar, kauorg keje kat kerajaan pahang bukan orang pahang pilih tapi kaum keluarga kau yang ada dalam itu yang ambik..lepas 2 boleh kutuk orang pahang..dah 2 minta tanah kat pahang..klu aku minta kat tempat ln mmg xdpt..sebab apa orang luar..sebab apa aku berani cakap sebab aku ada minta..klu aku rasa nak halau je orang mcm 2

Wednesday, August 17, 2011

Jawatan Koosng di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia




PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA

Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke Persada Dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf pembekal khidmat seperti berikut:


PENGAMBILAN SECARA PEMBEKAL KHIDMAT

(Melalui satu Perjanjian/Kontrak dari setahun ke setahun

berdasarkan keperluan)

1. PEGAWAI TADBIR
KELAYAKAN:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun;
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa atau Perundangan yang
  • diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mahir berkomunikasi dan menulis laporan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa InggerĂ­s;
  • Mempunyai pengalaman kerja selama 2 tahun dalam bidang perfileman;
  • Fee bulanan diantara RM 3,000.00 – RM 3,500.00 (boleh dirunding)
  • Bilangan kekosongan : 2 Jawatan

FUNGSI BIDANG TUGAS:

  • Membantu menyelaras program mempromosi lokasi penggambaran dan kemudahan perfileman di Malaysia.
  • Membantu menyelaras rangka operasi dan strategi unit sebagai Suruhanjaya Perfileman
  • Membantu menyelaras kawal selia dasar dan peraturan berkaitan bidang perfileman
  • Membantu menyelaras pengumpulan maklumat dan data berkaitan penggambaran filem.
  • Membantu menyelaras, mengurus dan melaksanakan aktiviti-aktiviti unit
  • Melaksanakan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

2. PEMBANTU TADBIR
KELAYAKAN:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
  • Fee bulanan :- RM 1,200.00
  • Bilangan kekosongan: 2 Jawatan

3. PENYUNTING VIDEO (EDITOR)
KELAYAKAN:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18;
  • Diploma dalam bidang Kreatif Multimedia, Penyiaran atau berkaitan.
  • Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan;
  • mempunyai pengalaman kerja selama 2 tahun dalam bidang berkaitan, penyuntingan video
  • Fee bulanan diantara RM 2,500.00 - RM 3,000.00 (boleh dirunding)
  • Bilangan kekosongan: 1 Jawatan

FUNGSI BIDANG TUGAS:
(i) Mempunyai kreativiti dalam membuat suntingan video agar hasil suntingan dapat memenuhi kehendak pelanggan
(ii) Mengendali semua mesin-mesin penyuntingan bagi format SD, HD dan ke atas
(iii) Membuat runding cara dan cadangan kepada pelanggan tentang konsep penyuntingan yang bersesuaian
(iv) Memastikan peralatan dalam keadaan optimum dan membuat laporan kerosakan sekiranya ada

4. EKSEKUTIF PEMASARAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun;
  • Diploma dalam bidang Pemasaran atau berkaitan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan;
  • Mempunyai pengetahuan tentang peralatan perfileman
  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan
  • Fee bulanan diantara RM 2,000.00 - RM 2,500.00 (boleh dirunding)
  • Bilangan kekosongan: 1 Jawatan

    FUNGSI BIDANG TUGAS
    :
  • Membantu pengurusan Bahagian Pemasaran
  • Menguruskan sewaan peralatan & studio
  • Menerima tempahan dari pihak pelanggan

CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang PKFNM 1/96 yang boleh diperolehi secara percuma dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor (Tel: 03-41041300) atau dari laman web http://www.finas.gov.my . Borang salinan pendua boleh digunakan.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan ‘resume’ dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Semua salinan dokumen mesti disahkan.


Borang Permohonan Jawatan di FINAS

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

(a) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada :

Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

(b) Tarikh tutup: 22 Ogos 2011

CATATAN AM
(a) Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

(c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan/maklumat selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Hukum penyimbah asid setimpal

KUALA LUMPUR – Undang-undang sedia ada untuk menghukum penjenayah simbahan asid perlu dikemas kini supaya hukuman setimpal dengan kecacatan kekal yang dialami mangsa dapat dikenakan terhadap penjenayah terbabit.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, berdasarkan kes-kes lepas, pihak polis mengkategorikan kesalahan simbah asid di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum tiga tahun penjara dan denda RM1,000 terhadap pesalah.

Tegas beliau, hukuman tersebut jelas tidak setimpal jika dibandingkan dengan kecederaan teruk dan trauma yang dialami mangsa.

“Secara peribadi, saya melihat hukuman yang dikenakan ketika ini tidak cukup tegas bagi mengekang jenayah simbahan asid yang sedang berleluasa di negara kita.

“Orang yang tidak bertanggungjawab akan terus-menerus menjadikan asid sebagai senjata mudah untuk melepaskan dendam mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa simbahan asid, Mohd. Rafi Abdul Latiff, 28, di Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Besar Kuala Lumpur semalam.

Mangsa dikatakan disimbah dengan asid ketika sedang menunggu rakannya di dalam kereta di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raya Laut selepas membeli-belah persiapan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira pukul 1.10 pagi pada 8 Ogos lepas.

Anak ketiga daripada empat adik-beradik itu melecur teruk di muka, kedua-dua belah tangan dan mata kanannya kabur kesan simbahan asid tersebut.

Sementara itu, Muhammad Khairun turut menggesa setiap pembelian asid oleh orang ramai didaftarkan supaya ia dapat direkodkan bagi memudahkan pemantauan oleh pihak berkuasa.

“Saya yakin melalui tindakan itu, ia akan dapat memberi persekitaran yang lebih selamat kepada komuniti,” ujarnya.

Sementara itu, abang mangsa, Pegawai Staf 2 di Dasar Latihan Peperangan Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Mohd. Jeffry Abdul Latiff, meminta kerajaan memperluaskan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) terutamanya di kawasan awam.

“Rakaman melalui CCTV ini akan dapat membantu pihak berkuasa mengesan penjenayah,” katanya.

Saturday, August 13, 2011

Tindakan pantas bapa selamatkan anak gadis diculik

BESUT: Tindakan pantas seorang bapa melaporkan kepada polis kejadian anak gadisnya dilarikan oleh tiga pemuda yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berjaya menyelamatkan anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria, berkata dalam kejadian 9.15 malam tadi, bapa berumur 36 tahun dan bekerja sebagai buruh itu terdengar jeritan anak gadisnya yang ketika itu sedang membeli barang di sebuah kedai runcit berhampiran rumah mereka di Kampung Alor Peroi, Kuala Besut.
"Apabila keluar dari rumah, dia ternampak seorang lelaki yang tidak dikenali sedang menarik anak gadis berumur 15 tahun itu ke dalam sebuah Perodua Kancil berwarna perak yang juga dinaiki dua lelaki lain.

Friday, August 12, 2011

kuala lumpur xmacam london

kita patut bersyukur bahawa malaysia tak jadi macam london..ini kerana london telah mengalami rusuhan paling teruk dalam sejarahnya..ini terjadi akibat kerajaan london yang lembut dalam menghadpi isu tersebut..ini telah menyebabkan perusuh menjadi semakin ganas dan bahaya..mereka sanggup merompak , membunuh dan membakar harta dan nyawa..perusuh jgk anti pedatang..kita boleh lihat mereka tidak suka kepada orang islam..ini menampakkan bahawa umat islam sekarang tidak selamat di dunia jika mereka tidak bersatu padu..nasib bk lah kerajaan malaysia telah mengambil tindakan yang tegas terhadap bersih 2.0 yang dikatakan ingin bersih dalam pilihanraya..marilah kita bersatu padu dalam menjaga keamanan negara kita tercinta.

Tuesday, August 9, 2011

keadaan Kampung

pada masa kini banyak sangat pepecahan orang melayu , daripada keluarga , maka berjangkit kepada kampung , lepas itu dibawa kepada dearah dan kemudian negara..contohnya dalam kampung terdapat 3 surau kerana terdapat 3 kepala dalam kampung..sepatutnya jemaah dalam surau biarlah ramai dan bukan berkurangan..dalam surau makin tidak ceria kerana suara jemaah semakin lemah..yahudi pernah berkata bahawa umat islam akan berjaya mengalahkan mereka jika umat islam solat subuh seperti solat jumaat..cuba kita bayangkan apa yang yahudi cakap itu..mungkin benar apa yang meraka cakap..pikir-pikir lah sebab remaja sekarang payah hendak ke surau dan Masjid.heheheh..

Bonus setengah bulan untuk kakitangan awam, pesara

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - Bernama


6 pemain senior jadi taruhan



PEMAIN-PEMAIN skuad Olimpik negara gigih menjalani latihan di Slovakia semalam menjelang aksi menentang kelab dari Hungary malam ini.


JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee bakal menurunkan enam pemain kebangsaan dalam kese- belasan utamanya pada aksi menentang kelab Liga Divisyen Satu Hun- gary, Budapest Honved malam ini.

Ia merupakan aksi persahabatan keempat skuad B-22 negara itu dalam siri latihan sebulan di Slovakia selepas mereka cemerlang menewaskan Bodva Moldava 1-0, Topvar Topolcany 2-1 dan Liptovsky Mikulas 2-1 sebelum ini.

Satu-satunya perlawanan di luar Slovakia itu akan berlangsung di Budapest, Hungary, kira-kira tiga jam perjalanan dari kem latihan skuad negara di Zlate Moravce pada 5 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Menurut Kim Swee, beliau akan mencuba kesebelasan bayangan bagi persiapan menghadapi aksi sulung pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia bertemu Jepun di Tosu, Fu- kuoka tanpa Gary Steven Robbat dan Ahmad Fakri Saarani.

"Kemungkinan enam pemain kebangsaan (Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, K. Gurusamy dan Izzaq Faris Ramlan) akan diturunkan pada babak pertama nanti.

"Fakri mungkin hanya akan dimasukkan pada babak kedua kerana dia tidak dapat beraksi menentang Jepun akibat kad merah yang diterima ketika bertemu Singapura. Begitu juga Gary yang menerima kad merah ketika bertemu Lebanon.

"Namun Gary tidak akan beraksi menentang Honved ini kerana dia bersama-sama Irfan Fazali, Affize Faisal Mamat, Izuan Solahuddin dan Syaz- wan Tajuddin mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.

Ditanya adakah skuadnya dalam tekanan bagi mempertahankan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan, Kim Swee berkata, ia bukan sesuatu masalah tetapi apa yang penting setiap pemain perlu melaksanakan tugas serta meningkatkan semangat berpasukan.

"Dengan adanya tujuh pemain kebangsaan yang baru tiba ini, saya harap momentum kita di sini akan lebih positif serta mendapat keputusan yang baik.

"Apa yang saya lihat, pemain begitu fokus dan bekerjasama dengan baik sama ada dalam atau luar padang," jelasnya.

Saturday, August 6, 2011

melayu keluar agama islam

saya berasa amat takut sekarang, bagaimana melayu yang beragama islam boleh keluar dari agama islam..walaupun menghadapi masalah yang kecil sahaja iaitu tidak mempunyai kewangan..kita bersepatutnya teguh kepada agama kita..kerana kita dah diajar dari kecil bahawa tuhan yang satu adalah allah...jangan lah termakan godaan daripada orang kafir yang ingin membantu dari segi kewangan atau apa-apa sahaja kerana mereka mungkin ada niat yang tersembunyi..Apa Yang mufti Perak cakap terdapat 250000 orang melayu keluar daripada agama islam amat menyedihkan..moga2 kita semua terlindung daripada bala Allah s.w.t..