Wednesday, November 2, 2011

Jual seekor ikan kerapu dapat untung RM16,000




IKAN GERGASI. Seorang nelayan tidak menyangka memperoleh wang sebanyak RM16,000 selepas kejayaan menangkap seekor kerapu gergasi semalam.
Ikan seberat 200 kilogram (kg) itu dipercayai ditangkap menggunakan pukat kira-kira tujuh batu nautika dari pantai Miri, Sarawak.
Kejayaan menangkap ikan itu menarik perhatian ramai termasuk seorang pemilik restoran yang membelinya pada harga RM16,000.
Spesies kerapu gergasi yang turut dipanggil sebagai kertang itu mampu membesar sehingga dua meter panjang dengan berat 400 kilogram dan mempunyai nilai pasaran mencecah RM70 sekilogram.

Bisa Messi


Lionel Messi


BINTANG Argentina, Lionel Messi hanya memerlukan 34 gol sahaja lagi untuk muncul selaku penjaring terbanyak kelab gergasi Sepanyol, Barcelona. Awal pagi semalam, Messi membuktikan ketajaman sentuhan penyudahnya apabila meledak hatrik bagi membantu Barcelona melakar kemenangan 4-0 ke atas Viktoria Plzen pada aksi Kumpulan H kempen Liga Juara-Juara.
Hatrik tersebut membolehkan Messi kini merekodkan 202 gol dalam 286 penampilannya bersama Barcelona. “Messi pasti mampu untuk memintas rekod (Cesar) Rodriguez untuk menjadi pemain paling banyak menjaringkan gol buat Barcelona. “Saya percaya ia bakal menjadi kenyataan dalam musim ini juga, usianya baru menjangkau 24 tahun,” kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola. Rodriguez yang juga bekas penyerang antarabangsa Sepanyol, masih memegang rekod sebagai penjaring terbanyak Barcelona dengan 235 gol yang dilakukannya pada musim 1942 hingga 1955.