Monday, August 31, 2015

#makan pizza hut free

Salam dan selamat malam..hari ini hari paling bertuah sebab dapat makan percuma pizza hut..dengan membeli barangan di tunas manja (rasanya di pahang sahaja pasar raya ini klu tidak silap) melebihi rm50, anda akan memdapat kupon pizza hut..harga yang ditawarkan sungguh menarik..saya punya kupon yang dikumpulkan sebanyak 5kali..dengan baik hati makcik saudara telah berbelanja kami sekeluarga hari ini..terima kasih..
 
(Sepupu ikut sekali..hdsm x??)
 
(Sambil makan pizza hut dan tv di kedai saya)

Saturday, August 29, 2015

#perkahwinan my big brother part 2

Salam dan selamat pagi pembaca blog saya..semalam dah selamat semua bagi perjalanan perkhawinan abg sulung sy..syukur kepada allah swt yg memudahkan segala urusan saya..tahniah2 kepada abg sulung saya dan selamat datang ke keluarga kami..ini sedikit gambar sy edit(syukur abg sy sbb pelamin itu bisnes kakak sy buat..heheh)
L

Friday, August 28, 2015

#perkahwinan my big brother part 1

Salam dan selamat pagi..ini gambar my big brother akad nikah semalam..hehehe..kadang lucu jugak bila teringat dia angkat nikah(maklumlah saya ada pengalaman)..apa-apa tahniah my big brother yang menolong saya ketika kecil,waktu sekolah,universiti dan kahwin..hehehe..semoga berbahagia sehingga syurga..amin




Thursday, August 27, 2015

#baju anak vs #liga juara-juara

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..apa kaitan tajuk yang saya tulis di atas pada hari ini..heheh..hari esok merupakan hari paling bahagia bagi abg sulung saya yang akan menamatkan zaman bujang dia..mesti bagi kaum perempuan belah keluarga saya akan memakai baju yg sama warna(seperti ketika saya kahwin dulu)..jadi isteri saya terpaksa membuat baju yg sama warna untuk mengikut tema hari perkahwinan abg saya ini..sian pulak tengok isteri menjahit..sambil saya tengok liga juara-juara terutama hendak melihat pasukan kegemaran saya arsenal akan bertanding dengan pasukan mana..heheh


Wednesday, August 26, 2015

#jerebu semakin berkurangan

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..beberapa hari yang lepas negara kita dilanda masalah jerebu(terutamanya di negeri pantai barat dan malaysia timur)..jerebu boleh mendatangkan masalah terhadap kesihatan dan bahaya ketika memandu(kerana tidak nampak).jerebu ini dibawa oleh angin dari indonesia ke malaysia(biasanya proses pembakaran tanaman seperti padi dan hutan selain cuaca panas)..diminta rakyat malaysia jangan membakar ketika jerebu ini kerana ia akan mendatangkan kesan yang amat buruk..
 




(Gambar ini diambil ketika memandu bersama keluarga ke sepang)

Tuesday, August 25, 2015

#sehati sejiwa

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..gambar yang saya ambil ini dari group whatapps dalam handset saya..apa kaitan gambar ini..mesti dah boleh tahu jawapan kan..ini lah luahan rakyat malaysia yang akan menunaikan haji di mekah dan madiah iaitu duit malaysia semakin tiada nilai..ye kalau kita kaya tidak apa..tapi kalau cukup-cukup makan macam mana..ye saya tahu kerajaan sudah menolong bakal haji dengan memberi subsidi kepada bakal jemaah haji tetapi untuk berbelanja di sana bagaimana..mungkin akan ada yg cakap bahawa itu dugaan bakal jemaah haji untuk mendapat haji makbur..saya harap kerajaan malaysia dapat lah membuat sesuatu tentang ringgit kita..kita harus sedar bahawa bahan makanan negara kita banyak jugak di import di luar negara contohnya beras,ikan,bawang,..ini akan menyebabkan barang mentah menjadi mahal..akhir kata marilah kita bersama-sama membantu kerajaan malaysia dalam isu mata wang ini..baru sehati sejiwa sempena hari kemerdekaan

Monday, August 24, 2015

#gaji oii gaji

Salam dan selamat malam kepada pembaca blog saya..hari ini ada hari paling gembira bagi penjawat awam kerana esok gaji yang di tunggu-tunggu akan masuk selepas lama berjimat-jimat termasuk lah orang kanan saya..hehhehe..esok mesti mesin atm akan penuh dipenuhi penjawat awam..boleh shopping apa yang patut samaada keperluan diri,anak-anak dan harta benda..selamat bergembira semua..heehhe

Saturday, August 22, 2015

#Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca

Salam dan selamat pagi semua..hari ini kawasan rumah dapat risalah dari kerajaan malaysia mengenai program asingkan sisa pepejal demi masa depan anak-anak kita...semoga program ini mendapat sambutan rakyat malaysia khususnya di negeri saya..heheheh..kalau tidak ikut mesti kena saman dan kena tindakan mahkamah..lagipun program ini adalah program yang amat baik untuk masa hadapan..rakyat jangan lah pandang buruk sahaja program ini..



Wednesday, August 19, 2015

#nyamuk ades

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..siapa pernah alami perkara ini..mesti pernah kan??jika ada orang demam pasal nyamuk ades mesti diaorang akan datang..di kawasan sekitar rumah saya sudah kerap jugak mereka datang..ini semua punca dari kita yang membiarkan pembiakan nyamuk ades meningkat..kita tidak menjaga kebersihan rumah dan kawasan perumahan yang kita duduk..contoh tempat air bertakung..selain itu kawasan pembinaan sekitar kawasan rumah saya juga menyebabkan peningkatan nyamuk ades..nyamuk ades ini pembawa penyakit denggi dan merupakan salah satu pembunuh di negara kita..kita hendak lah bergotong royong bersama jiran-jiran(jangan malas membantu)

Tuesday, August 18, 2015

#ubat gripe water untuk bayi

Salam dan selamat pagi..siapa pernah pakai ubat gripe water(klu dah anak dua tiga mesti dah pakai kan)..bayi yang mengalami pertumbuhan gigi yang banyak akan mengalami ketidakselesaan pada tubuh badan dia contohnya kembung perut dan kurang hadam..selain itu bayi jugak akan kuat menangis tidak kira siang dan malam..dengan penggunaan gripe water yg betul akan menyebabkan bayi selesa..selain itu dengan tanda logo halal masyarakat islam jangan risau dengan penggunaan tanpa alkohol..(harga sekarang rm12.30)

Sunday, August 16, 2015

#cuaca sekarang sangat panas

Salam dan selamat malam..hari ini berasa sungguh panas pada petang tadi..klu panas mungkin petang hendak hujan pada pandangan saya tetapi sampai ke malam tidak hujan..rupanya saya ini manusia yang hina tidak tahu apa-apa tentang ilmu allah swt..wAlaupun panas pada petang tadi rupanya nikmat kepada peniaga air batu campur dan air batu..mesti diaorg rasa sejuk ketika minum ais termasuk saya..

Saturday, August 15, 2015

#rezeki adalah hak allah swt

Salam dan selamat malam..semoga pembaca blog saya ini dalam keadaan sihat dan selamat moganya..saya menulis tajuk ini bertujuan memberi kesedaran kepada manusia bahawa rezeki bukan datang dari manusia tetapi dari allah swt..manusia jangan meminta2 dengan manusia kecuali berusaha(jangan rasuah atau bodek untuk projek)..manusia hendak ikhlas dalam perniagaan dan bersedekah sebanyak boleh..


Wednesday, August 12, 2015

Monday, August 10, 2015

#bantulah sesama islam

Salam dan selamat pagi..siapa tengok berita tv9 tentang golongan asnaf di gombak semalam..golongan asnaf tersebut terpaksa keluar dari tempat tinggal dia disebabkan faktor kewangan..marilah kita membantu saudara islam tidak kira bangsa apa


Sunday, August 9, 2015

#kuantan bandar celup tepung

Salam dan selamat petang kepada pembaca blog saya..suasana hari ini dikuantan mcm nak hujan je..sedang tgk fb tadi ternampak seseorang bro post tentang bauksit di fbnya..memang benar sekarang kuantan dah macam bandar celup tepung..sesiapa yang lalu ke bukit goh atau gebeng tahu bagaimana seksanya penduduk di sana..saya tidak mahu mengulas lebih-lebih2..yg paling bagus menteri dan exco baru untuk melihat keadaan tersebut..hehehe

Saturday, August 8, 2015

#budak umur 11tahun lahir anak

Salam dan selamat malam..(sumber dari sinarharian)bagaimana perasaan seorang ibu dan ayah apabila anaknya berumur 11tahun melahirkan anak..budak yang kecil tidak mengerti kehidupan dunia ini lagi bagaimana hendak menguruskan kehidupan anak kandungannya..hanya allah swt sahaja tahu..(gambar najib itu abaikan sahaja..heheh)

Friday, August 7, 2015

#ringgit malaysia oii ringgit malaysia

Salam dan selamat mlm kepada pembaca blog sy..td menonton berita tv3 mengenai duit malaysia(Rm:ringgit malaysia tahu..bukan rosmah mohd najib tahu)..dalam masa 17 tahun ,rm jatuh dalam keadaan terendah iaitu rm3.90..saya memang tidak ekonomi tetapi klu kita nak beli barang luar negara seperti beras..bawang ,daging atau ikan mesti mahal..nanti nilai matawang kita mcm indo atau myammar..kejatuhan mata wang mmg akan menarik ramai pelancong datang ke negara kita seperti singapura untuk berbelanja tetapi bagaimana rakyat biasa ?

Thursday, August 6, 2015

#daun kunyit Rm0.50

Salam dan selamat petang kepada pembaca blog saya..tengok gambar kunyit 2..mesti tidak percaya bahawa satu helai daun itu berharga rm0.50 sen

Wednesday, August 5, 2015

#si manja batuk dan selsema

Salam dan selamat malam pembaca blog saya..siapa yang tidak risau bila anak sulung dalam keadaan tidak sihat..mesti ada tidak senang duduk termasuk saya..disebabkan memberi anak abc sikit  pada hari itu..mula kesannya di rasai sehingga hari ini..(lepas tidak mahu memberi anak abc)😔😔😔






Monday, August 3, 2015

#Media sosial terkini

Salam dan selamat petang kepada pembaca blog sy..zaman sekarang sungguh canggih teknologi sekarang..macam-macam boleh buat dan maklumat boleh dapat dengan segera..tidak kira betul atau tidak..contohnya gambar di bawah ni..saya dapat dr group whatsapp..dah mcm jenama baju baru.hehehe

Sunday, August 2, 2015