Tuesday, July 31, 2012

Solat Terawih Bersama Penduduk Kawasan (Kg Pahang)

 Yb Inderapura Dato Shafik Fauzan bin Sharif Beramah Mesra bersama Ketua Kampung Pahang setibanya di Surau Kg Pahang..selain itu terdapat beberapa penduduk kawasan yang menunggu laungan Azan Isyak
 beliau bertanya khabar tentang keadaan kampung , keluarga dan tamanan pertanian. Penduduk Kg Pahang kebanyakkan menjalankan bisnes Pertanian. Tanaman mereka kebanyakan di hantar ke pasar borang kuala lumpur atas usaha yb inderapura
    sebaik sahaja azan habis..semua penduduk memasuki surau tersebut
 solat isyak sudah selesai

 solat terawih yang pertama

  mendengar ceramah agama sementara menunggu solat terawih yang terakhir


selesai sahaja solat terawih...minum-minum dulu..kan senang kalau buat solat berjemaah..heheh

Monday, July 30, 2012

Berbuka Puasa Dengan Pusat Komuniti JKK Belukar di Hotel Ms Garden

            Majlis bermula dengan memilih makanan yang hendak di makan..hotel Ms Garden telah menawar harga yang berpatutan bagi sesiapa yang ingin berbuka di hotel tersebut..Makanan yang disediakan adalah bercirikan masakan Kampung dan Moden.

    Ini tengah tunggu waktu berbuka tapi blh siap bergambar..sabar je.

 ''Bertuahnya aku makan di hotel Ms garden ini..tempat dah lawa dan cantik'' cakap pakcik-pakcik ini..

   ''atuk, saya hendak makan ini..tidak tahan tengok makan yang sedap ini''

Bila dah habis berbuka blh siap kacau budak hotel ini tengah memasak mee bihun goreng..hehehe..seramai 30orang ahli jkk belukar yang hadir ke MS Garden..

Harimau Malaya kalah 3-1 kepada Manchester City





  Pada Pandangan saya ,malaysia bermain amat bagus dan laju..Ini telah memaksa pemain manchester city bermain dengan laju..ini boleh kita lihat mereka telah  melakukan serang bertubi-tubi..Perlawanan antara Manchester City Vs Malaysia berakhir dengan keputusan 3 - 1. Jaringan gol yang dimasukan disaat minit-minit terakhir oleh 87' Azamuddin Akil  manakala 3 gol yang dimasukkan oleh 17' Kun Aguero, 48' Carlos Tevez dan 52' Johnson

Saturday, July 28, 2012

Seminar Toutism Pahang Blogger










  Majlis ini diadakan di Hotel Ms Garden..ia merupakan kali pertama seminar ini diadakan di pahang..seminar ini bertujuan mewujudkan media baru dalam promosikan pelancongan pahang di mata dunia..pelancong luar negara akan melihat kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan negeri pahang..selain mereka dapat mengetahui tempat-tempat yang menarik yang jarang dilawati..program ini dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri Pahang iaitu Dato Haji Shafik Fauzan bin Sharif yang merupakan Pengerusi Pelancongan Negeri Pahang.

Friday, July 27, 2012

Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Terawih Di Taman Pengasih Indera Mahkota








    Majlis ini dianjurkan oleh jawatankuasa Anak Yatim Daerah Kuantan..Seramai 35 orang penghuni Taman Pengasih yang hadir dalam menjayakan Program Tersebut..Program ini bertujuan supaya anak-anak yatim diraikan oleh penduduk sekitarnya dan orang kenamaan..Mereka berasa bersyukur kerana dapat berbuka puasa dan bersolat terawih bersama Exco Pelancongan , Kesenian dan Warisan , dan Pembangunan Wanita Negeri Pahang Dato Haji Shafik Fauzan bin Sharif..beliau telah mengimankan solat dari awal hingga akhir..selepas itu mereka boleh ramah mesra beliau..

YB Inderapura Cuba Menyelesaikan masalah Warga Emas



           Selepas menyelesaikan masalah di pejabat selaku Exco pelancongan , kesenian dan warisan , dan pembangunan wanita negeri pahang..beliau telah turun ke kawasan untuk menyelesaikan masalah warga emas..sepatutnya dalam menyelesaikan sesuatu perkara hendak lah dari kita sendiri contohnya si anak hendak sendiri berjumpa dengan jabatan kerajaan bukannya menyuruh wakil rakyat menulis borang , pergi berjumpa setiap agensi kerajaan..dengan demikian si anak akan bergoyang kaki sahaja tanpa usaha untuk melakukan pemohonan tersebut..sepatutnya ada kerjasama antara wakil rakyat dengan penduduk kawasan..