Wednesday, September 30, 2015

#minyak di malaysia naik 10sen

Salam dan selamat pagi..hari ini 1/10/2015 kerajaan malaysia telah harga minyak mentah sebanyak rm0.10 sen..saya berharap kenaikan minyak mentah tidak mempengaruhi harga barangan yang lain..amin..klu harga barang peniaga kedai makAnan dan syarikat pengangkutan terpaksa naikkan sewa

Tuesday, September 29, 2015

#serupa tapi tidak sama

Salam dan selamat petang kepada pembaca blog saya..cuba tengok gambar yang saya letakkan..siapa yang comel dan putih..belah kiri atau kanan..senyum pun dah sama..tetapi mereka adalah penyeri hidup saya..semoga allah memberkati mereka..amin

Monday, September 28, 2015

#selamat menyambut hari kopi antarabangsa

Salam dan selamat tengahari kepada pembaca blog saya..hari ini jerebu makin tidak berkurangan..hendak cakap tengahari dan petang pun xtahu..kecuali tengok jam..marilah kita berdoa supaya negara kita pulih seperti biasa..amin..kepada penggemar kopi malaysia,pada 29 september ini adalah hari kopi antarabangsa..dengan pembelian kopi wonda anda mungkin boleh memenangi hadiah yang lumayan..

Friday, September 25, 2015

#menziarahi kubur arwah tok di terengganu

Salam dan selamat malam kepada pembaca blog saya..sempena cuti hari raya haji ini marilah kita menziarahi saudara kita yang masih hidup..jangan lah kita putuskan hubungan sanak saudara yang masih ada..hargai lah mereka semua..amin

Wednesday, September 23, 2015

#waktu solat hari raya haji di pahang

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..sekejap lagi mesti umat islam hendak bersiap-siap untuk menunaikan solat sunat hari raya haji..klu kita terlambat menunaikan akan rugi..kalau di pAhang waktunya pada pkl 8.15 pg..bagaimana di tempat anda pula??

Sunday, September 20, 2015

#Gambang safari park kedua terbesar di Asia tenggara

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..minggu ini merupakan minggu cuti sekolah dan hari raya haji akan tiba..jika sesiapa yang ingin bercuti bersama keluarga marilah datang ke gambang waterpark di kuantan..selain ada gambang waterpark terdapat juga gambang safari park merupakan yang kedua terbesar di asia tenggara selepas di thailand..taman haiwan ini terdapat pelbagai haiwan dari yang kecil hingga yang besar..kalau berjalan kaki mengambil masa lima jam jika melawat semua tempat tersebut termasuklah pertunjukkan..(lama sungguh)..di dalam gambang safari ini terdapat makanan dan minuman..jangan risau..petugas-petugas safari juga mesra alam..apa lagi jomlah datang..

           (ada tiga singa putih di dalam ini)



(pengalaman paling manis singa ini kejar bas kami naiki..memamg terbaikk..mcm dekat luar negara)

Saturday, September 19, 2015

#acara membaca puisi

salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..minggu ini adalah minggu paling sibuk bagi keluarga saya kerana kami terlibat dengan acara di kuantan (berniaga lah..hehehe)..Di kuantan telah ada satu pusat kesenian bagi penggiat seni contohnya pembaca puisi dan pemuzik..ini ada lah usaha pelukis-pelukis negeri pahang yang mewujudkan pusat ini dengan usaha dan kewangan mereka sendiri yang terletak di taman cenderawasih kuantan..lihatlah tempat mereka yang menarik ini..lagi satu baru pertama kali melihat puisi didengarkan dengan alat muzik..nampak sangat hulunya


(orang kl , pelajar universiti malaysia pahang pun mengambil bahagian)


(orang ramai sudah hadir untuk menyaksikan acara puisi)


(cantik betul biskut makcik ini..sedap jugak..tapi bukan saya buat)


Monday, September 14, 2015

#jerebu oii bukan jelebu

Salam dan selamat pagi pembaca blog saya..saya kongsi sedikit keadaan jerebu di kawasan kuantan..bagaimana keadaan di kawasan anda semua.semoga anda semua dalam keadaan sihat dan selalu banyak minum air..kalau boleh jangan buat aktiviti luar..marilah kita semua membuat solat hajat supaya negara kita dalam keadaan aman dan jauhi daripada perkara tidak elok..amin

Sunday, September 13, 2015

#ilmu kena cari rezeki Allah swt yg beri

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..faham tidak tajuk yang saya bagi di atas tersebut..ilmu wajib kita cari..rezeki allah swt yang beri..sesiapa yang belum dapat kerja yang kita suka jangan berputus asa..ini kerana kadang-kadang allah swt tidak mahu memberi rezeki apa yg kita suka tetapi Nya memberi apa yang kita tidak suka..jadi banyak bersabar dan malu bekerja rezeki yang halal.amin

Saturday, September 12, 2015

#korea selatan


salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..hari ini bertuah bagi saya dan keluarga saya kerana ada orang memberi hadiah..hadiah yang dibawa dari asia timur..iaitu korea selatan..kalau ikutkan diri saya bukan tidak mahu ke asia timur tetapi bagi saya biarlah dulu..dengan keadaan ekonomi negara kita tidak menentu , mata wang kita yang jatuh..saya mengambil langkah tidak mahu ke sana..lagipun saya bukan minat kpop..kalau drama korea running man je tengok bersama anak setiap sabtu dan ahad(anak 9bulan bukan paham tapi sebab ayah dia ketawa besar dia pun ikut sama)..apa-apa pun terima kasih kepada adik ku kerana memberi hadiah..amin

  

Friday, September 11, 2015

#musim haji Di Mekah

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..selepas buka whatapps pagi ini terlihat gambar kejadian kren pembinaan runtuh akibat angin kuat di kota mekah..diharap semua    
Jemaah haji malaysia dalam keadaan sihat semua..al fatihah kepada mangsa yang meninggal dunia..semua ini ada ujian dari allah swt..amin


Thursday, September 10, 2015

#rezeki Allah swt bagi

Salam dan selamat petang..hari ini baru je siap buat page fb pelamin untuk kakak dan abg ipar..bukan tunjuk hebat tetapi kena menolong antara satu sama lain..rezeki itu kita kena kongsi tidak kira adik beradik atau sesama islam..(maklumlah ada lori satu tan)..ini lah masanya abg ipar membantu kakak dengan lebih masa lagi..semoga perniagaan mereka terus maju..

Wednesday, September 9, 2015

#UM vs FAM

Salam dan selamat petang..masih tidak terlambat untuk saya menulis tentang perlawanan malaysia vs arab saudi..adakah golongan um ini kurang ajar atau memalukan negara kita..bagi pandangan saya tidak kerana mereka sudah mengikut saluran yang betul ketika membuat bantahan kepada fam..siapa yg tengok malaysia main semalam mmg teruk..kita tidak boleh melawan walaupun dapat gol awal(maafkan jika sesiapa tersentuh)..dari pasukan kita dengan kekalahan yg teruk baik kita buat sesuatu

Monday, September 7, 2015

#buah cempedak

Salam dan selamat petang kepada pembaca blog saya...mesti sedap bila minum petang sambil makan buah cempedak..lepas itu tengok tv kan..heheh..percaya tidak untuk mendapat buah didalam gambar ini berharga rm13..memang terkejut kan..heheh..

Saturday, September 5, 2015

#lada sungguh pedas tapi manis

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..semoga semua sihat pada waktu cuti ini..semalam saya bertuah kerana melihat hasil orang bekebun iaitu lada..lada merupakan salah bahan untuk masakan kita..kalau tidak ada lada macam tidak lengkap kita hendak makan(contohnya saya)..walaupun lada pedas tetapi kalau kita menanam dengan banyak,lada akan menjadi manis ketika menjualnya(kata pemilik kebun tersebut)..kenapa pemilik kebun cakap macam itu, ini kerana bekebun bukan sahaja menyihatkan tubuh badan tetapi memberi kita pendapatan..jadi orang muda jangan malas dan malu untuk bekebun..
  
(Terpaksa membawa lima orang untuk memetik lada untuk kenduri abang sata..maklumlah orang bagi 
Percuma)     

Friday, September 4, 2015

#malaysia sehati sejiwa???

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..walaupun terlambat melihat berita tentang pasukan bola sepak kita,saya berasa kesian kepada jurulatih pasukan negara kita iaitu encik dollah..janganlah salahkan beliau seorang keatas kekalahan itu tetapi keseluruhan pasukan patut diambil tindakan..di manakah jati diri kita ketika menyarung jersi negara..walaupun saya tidak sehebat mereka sekurang2 jangan kalah dengan jumlah besar iaitu 10-0..apa2 pun fam kena buat sesuatu demi sukan bola sepak negara kita..

Thursday, September 3, 2015

#ibu atau isteri

Salam dan selamat malam kepada pembaca blog saya..sesiapa lelaki yang sudah kawin mesti pening bagaimana hendak uruskan antara isteri dan ibu..mana satu keutamanya dia..siapa yang disayangi atau dicintainya..jangan risau..sila baca petikan ini dan fahami sedalamnya dan buat..anda akan dapat kebahagian nanti..amin.

Wednesday, September 2, 2015

#kahwin my big brother part 3

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..minggu ini minggu paling sibuk kerana kenduri belah pihak lelaki pada hari sabtu lg..berbagai persiapan hendak buat untuk menyambut kedatangan menantu..kitaorang suka kenduri yang boleh bergotong-royong dari kakak saya hingga abg saya(4orang dah kawin)..ini akan merapatkan hubungan keluarga saya dengan orang kampung saya..ini mak saya dan berapa orang kampung menbeli keperluan kenduri di pasar besar kuantan..