Thursday, August 30, 2012

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 55 Di Bandar Kuantan





orang asli pun turut terlibat dalam perbarisan ini..lawa pakaian orang asli ini..hehehe..Tengku Mahkota dan Tengku Puan Pahang pun suka..hehehehe..


kereta kebal dah mengambil tempat di jalan mahkota kuantan..orang ramai sebenarnya ingin melihat anggota dan peralatan tentera sahaja...orang ramai sebenarnya ingin melihat secara lebih dekat lagi..

Melawat Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya


 Hari ini saya bertuah kerana aku telah melawat satu galeri Yayasan Kepimpinan Perdana..Galeri ini menempatkan barangan peribadi Perdana Menteri yang pertama hingga ke lima..ia termasuk gambar mesyuarat perdana menteri , pakaian dan kereta lama yang di pakai oleh mereka..kauorang boleh tengok gambar yang saya ambik..

 Ini Gambar Bapa Pembangunan Negara Malaysia sedang terima hormat dari askar luar negara..



Ini Gambar Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Yang Pertama...yang lain adalah Menteri Kabinet


Jangan bangga dengan bangsa luar..tengok orang putih boleh terima cadangan bangsa melayu..

patut kita berterima kasih kepada beliau..dulu orang cakap beliau gila bina pusat kerajaan di tengah hutan..sekarang putrajaya dah jadi rebutan manusia..kita patut rasa bangga..

 siapa pulak naik benda ini..heheh..sekian terima kasih kepada sesiapa yang baca..gelari ini terletak di presint 8 putrajaya..bawa lah anak-anak datang..

Monday, August 27, 2012

Walaupun Berlainan Politik Yang Muda Mesti Menghormati Yang Lama ( Tua)


Pakcik yang duduk di kerusi roda telah mengalami Penyakit Strok..Penyakit ini telah menyebabkan seluruh badan beliau menjadi lumpuh(tak boleh bangun)..tetapi yang menarik bagaimana seorang isteri yang sanggup menemani beliau yang ingin minum air kopi kedai..isteri beliau sanggup tolak beliau dengan kerusi roda..Apabila Yb Inderapura Dato Haji Shafik Fauzan melihat pakcik ini..beliau terus turun dari keta dan menanya mahu pergi mana..ini menunjukkan bahawa orang muda mesti menghormati orang tua..zaman sekarang semakin sedikit sahaja orang muda menghormati orang tua..budaya ini semakin lama semakin tiada..pada pandangan saya lah..heheh

Thursday, August 23, 2012

Program Santai Yb Inderapura Memberi sumbangan Hari Raya Kepada Penduduk Kawasan

Pada Hari Sabtu Lepas iaitu Sebelum sehari Hari Raya Puasa[18/08/2012]..Yb Inderapura telah mengadakan Program Menyembelih Lembu untuk dibahagikan kepada penduduk kampung..Program ini diadakan bagi bertujuan meringankan beban penduduk kampung yang tidak dapat membeli daging segar..

 YB Inderapura Dato Haji Shafik Fauzan Bin Sharif telah sendiri menyembelih lembu untuk dibahagikan kepada orang kampung..
 Sebahagian Orang Kampung juga turut terlibat sama dalam acara ini..mereka bergotong -royong dalam menbahagikan tugas..kerja akan menjadi lebih cepat dan ringan..heheheh
 kakak Milah boleh lagi menjawab telefon kita program ini dijalankan..dia lah yang paling kecoh dalam program tersebut..
 
selepas menyembelih lembu..YB Inderapura melihat persiapan penduduk kawasan dalam menyiapkan persiapan Hari Raya Puasa..heheheh.

Thursday, August 16, 2012

Memberi Sumbangan Hari Raya Kepada Warga Emas


 
  Yb Inderapura Dato Haji Shafik Fauzan Bin Sharif Telah memberi sumbangan Hari Raya kepada Warga Emas di RRM Batu 3..Warga Emas ini masih ingat lagi YB Inderapura Walaupun Mata dia Kabur..Dengan suara Yb tersebut..beliau telah mengetahui siapa yang datang..ingatan warga emas tersebut suruh kuat kerana beliau membaca al-quran tiap-tiap hari..sungguh besar kekuasaan Allah swt kan..

Monday, August 13, 2012

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pasangan Kembar Dun Inderapura di Hotel Shahzan Inn


Majlis ini diadakan bertujuan meraikan pasangan kembar yang terdapat di inderapura..terdapat seramai 18 pasangan kembar di inderapura..heheh
YB Inderapura beramah mesra bersama pasangan kembar lelaki dari kampung sepat..mereka juga telah membawa isteri dan anak mereka masing-masing

ini pulak adalah pasangan kembar tidak seiras..

pasangan kembar antara yang termuda berumur antara 22 hingga 25tahun..pasangan termuda ini belajar di UIA gombak..
Pasangan tertua berumur dalam 67tahun.mereka ini duduk di kawasan taman tas tetapi mengundi di kawasan Inderapura..

Saturday, August 11, 2012

Program Memberi Sumbangan Hari Raya Kepada Golongan Memerlukan Di Kg Sepat Yang Di sampaikan YB Inderapura Dato Haji Shafik Fauzan Bin Sharif

 YB Inderapura berbincang dengan Ketua Wanita Dan Orang Kuat kawasan Kg Sepat , Rumah siapa hendak beliau pergi dahulu..
 YB Inderapura telah pergi ke rumah Pok Teh (Ismail) dan menanya khabar keadaan kesihatan beliau
Ini dia isteri Pok Teh (Ismail) , makcik Zaharah ini mengalami Penyakit Hati..apabila YB datang..dia boleh ketawa besar sebab dengar suara YB..beliau juga ada anak kembar di kg sepat..

Thursday, August 9, 2012

Melihat Keindahan Alam semulajadi Di Sg Kuantan bersama Exco Pelancongan Negeri Pahang Dato Haji Shafik Fauzan Bin Sharif

Jikalau sesiapa yang ingin menaiki boat untuk melihat keindahan alam semulajadi Sg Kuantan..boleh lah datang ke jeti Shahbandar Sg Kuantan..Jeti ini terletak di sebelahan Pusat Pentadbiran Majlis Pembandaran Kuantan..Jeti ini berhadapan dengan Hospital Kuantan
 Pelancong atau Penduduk Pahang boleh menaiki boat ini dengan harga berjumlah RM18 seorang bagi orang dewasa

 Dari Boat Pelancong boleh melihat bangunan yang pertama tertinggi di kuantan pada masa dahulu..iaitu Kompleks Terumtum
 Ini dia jadual waktu pelepasan boat
 Para pelancong boleh melihat Pemandangan Perkampungan Nelayan Tanjung lumpur ketika menaiki boat
 selain itu terdapat jeti perikanan yang terdapat di sg kuantan

 pelancong juga dapat melihat haiwan air yang berjemur di kawasan sg kuantan



 Ini merupakan kumpulan yang melihat tapak projek pelancongan di sg kuantan yang terdiri Exco Pelancongan ,Pengarah Kebudayaan dan Timbalan Pengarah PKBF







Wednesday, August 8, 2012

Air Anugerah..

Air ini merupakan air biasa macam air mineral tetapi air ini telah dibacakan dengan ayat-ayat a1-quran sebanyak 30 surah..bila saya minum air ini memang terbukti air ini ada kelebihan..saya mempunyai angin satu badan tetapi bila minum air ini..angin dia keluar dengan laju..hehehe.badan pun rasa ringan..hehehe

Tuesday, August 7, 2012

Berbuka Puasa Di Kedai Gelas Besar Tanjung Lumpur

hari ini saya telah berbuka puasa di kedai Gelas Besar di tanjung lumpur..kitaorang bertiga telah smpi ke kedai tersebut pada pukul 7.05 ptg..walaupun lambat tapi ada tempat kosong lagi untuk kami makan..Kedai Gelas Besar popular di tanjung lumpur disebabkan air buahnya yang sedap dan banyak..


Ini Lambat Sangat sampai air Gelas Besar..Pemilik Kedai bagi buah kurma je..air suam dia xbagi..hehehe

 Mamat ini dah tidak tahan sebab dah dekat sangat waktu berbuka puasa..
 ini dia lauk yang kitaorang pesan..tapi nasi putih lambat pulak sampai..sudu dah xbagi..
 walaupun lambat sangat nasi putih sampai..lauknya boleh tahanlah kitaorang makan..lebih2 ikan masak tiga rasa
dah abis makan main fon pulak awek ini..

Sunday, August 5, 2012

Majlis Berbuka Puasa Staff dan Penduduk Bukit Fraser Bersama Exco Pelancongan Negeri Pahang YB Dato Shafik Fauzan Bin Sharif

Semalam telah Diadakan Majlis Berbuka Puasa Staff dan penduduk Bukit Fraser Bersama YB Dato Shafik Fauzan Bin Sharif..Majlis ini juga dihadiri oleh Pengurus Besar dan Timbalan PKBF..Majlis ini diadakan di Perkarangan Masjid Bukit Fraser . Majlis diadakan secara gotong -royong supaya dapat merapatkan hubungan antara sesama umat islam

                           
 ' Abang zul menunjukkan bakat dalam masak martabak..blh lah tahan bila makan..hehehe'

 'Abang Joe dan Man menunjukkan skil dalam membasuh beras untuk masak nasi hujan panas'

 ' inilah orang paling peramah menunjukkan skil memasak..habis tempat masak jadi kecoh..hehehe'

'Rambut bos yang baru..YB Dato Shafik Fauzan Bin Sharif sedang santai bersama Timbalan PKBF'

 ' Dah Start menunjukkan bakat memasak..bukan sahaja pandai menjadi iman..masak pun boleh'

 ' Abg Joe pun sama'

 ' Ini baru sikit je makanan dia..sebab apa?sy sibuk hendak ambik makanan'





  'Dah tiba Masuk Waktu'

 'Ini dia Makanan Berbuka Puasa saya , Nasi Hujan Panas , sayur labu , tempoyak ,daging gulai kawah dan ayam masak merah

dah tiba waktu solat terawih..dalam malas itu dapat jugak buat..hehehehe