Wednesday, June 29, 2011

MUkjizat zikir-zikir Asmaul Husna

1) di sukai oleh semua Makhluk
. membaca Yaa Rahim sebanyak 100 kali selepas menunaikan solat subuh

2) memohon Keselamatan
. berzikir Yaa Azlim sebanyak 12 Kali maka dia akan selamat dari segi sesuatu

3) merasa Tenteram
. Berzikir Yaa Batin sebanyak 3 kali setiap Hari

Tuesday, June 28, 2011

Norshahrul, Hadi sudah kembali

NAMA Norshahrul Idlan Talaha dan Abdul Hadi Yahaya berada dalam senarai terakhir 23 pemain untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan malam esok seperti diumum jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal semalam.

Tujuh pelatih digugurkan iaitu Syed Adney Syed Hussein, K. Sasikumar (penjaga gol), Azmi Muslim, Rizal Fahmi Rosid, Hisyamudin Shaari (pertahanan), Yong Kuong Yong (sayap) dan Shahrizal Saad (penyerang).

"Pemain yang digugurkan ini mengalami kecederaan atau baru pulih daripada kecederaan seperti Adney, Azmi dan Shahrizal.

"Manakala bagi Rizal dan Hisyamudin, saya mempunyai ramai pilihan di posisi pertahanan tengah," kata Rajagobal ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Dengan penyenaraian Norshahrul dan Hadi yang telah menjalani latihan penuh semalam, Rajagobal mempunyai pilihan besar di posisi penyerang selain Safee Sali, Baddrol Bakhtiar dan Ahmad Fakri Saarani.

Empat pilihan untuk mengemudi jentera tengah ialah Safiq Rahim, Amar Rohidan, Shakir Shaari dan K. Gurusamy manakala bahagian sayap digerakkan Amirulhadi Zainal, S. Kunanlan, Ashari Samsudin dan S. Chanthuru.

Posisi pertahanan tengah pasti memeningkan Rajagobal dengan empat pemain mampu menggalas tugas tersebut iaitu Aidil Zafuan Radzak, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan Farisham Ismail.

Posisi pertahanan kanan bakal diisi Helmi Remeli, pertahanan kiri Asraruddin Putra Omar manakala Mahali Jasuli bersedia beraksi di kedua-dua posisi tersebut andai diperlukan.

"Kecederaan Azmi menyebabkan hanya Asraruddin di posisi pertahanan kiri, tetapi kita masih memiliki dua pemain yang boleh beraksi di posisi tersebut iaitu Mahali dan Fadhli.

"Saya tak kata barisan 23 pemain ini yang terbaik, tetapi inilah pemain yang kita miliki untuk menghadapi Taiwan," jelas Rajagobal.

Bagi posisi penjaga gol, Rajagobal menyenaraikan Khairul Fahmi Che Mat, Sharbinee Allawee Ramli dan Nasril Nourdin.

Ditanya tentang pasukan lawan, Rajagobal berkata, dia telah menunjukkan video corak permainan Taiwan ketika Kelayakan Piala Cabaran AFC 2012 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Mac lalu kepada anak-anak buahnya.

"Tapi kita tak boleh anggap ia pasukan Taiwan yang sama kerana mungkin kali ini mereka menyenaraikan beberapa pemain baharu yang lebih baik.

"Jadi di sini saya pentingkan persiapan pasukan sendiri dan pada masa sama menghormati juga lawan biarpun ranking mereka lebih rendah," tegas Rajagobal.

Pada Kelayakan Piala Cabaran AFC itu, Taiwan tewas ketiga-tiga perlawanan kepada India (0-3), Turkmenistan (0-2) dan Pakistan (0-2).

Sunday, June 26, 2011

Jawatan Kosong di di Institut Perubatan Molekul UKM





Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM
(UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh
Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18
TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan
berikut:-

1. PENOLONG PEGAWAI SAINS C27

i) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta prinsipal dalam subjek Matematik atau Sains [gaji
permulaan C27:P1T1]; ATAU
ii) Diploma dalam bidang Sains [gaji permulaan C27:P1T1]; ATAU
iii) Diploma dalam bidang Teknologi Makmal [gaji permulaan C27:P1T5]; ATAU
iv) Diploma dalam bidang Kimia Industri/ Mikrobiologi [gaji permulaan C27:P1T6] DAN
v) Lulus Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Nota : Calon-calon mestilah
 Berpengalaman dalam menjalankan kerja-kerja makmal, mengendalikan instrumen hematologi dan
biokimia etc
 Mahir dalam Microsoft Office (sekurang-kurangnya word/ excel)
 Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan
 Kuat mental, fizikal dan lelaki akan diberi keutamaan
 Boleh bekerja dalam kumpulan dan menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh Ketua
Projek dan Ketua Bahagian dari semasa ke semasa
Tarikh tutup : selewat-lewatnya pada 28 Jun 2011 (Selasa)
Taraf jawatan : Kontrak

Hanya borang lengkap berserta 1 keping gambar berukuran pasport, 1 salinan ic, 1 salinan Sijil
Kelahiran, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan sahaja akan
dipertimbangkan.

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Hantarkan permohonan anda ke alamat berikut:-

Sekretariat The Malaysian Cohort
Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)
Tingkat 7, Blok Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur
(u.p Bahagian Pentadbiran/ perjawatan)

Tel : 03-91710415
Fax : 03-91710397
Emel : afifah_aa@yahoo.com ATAU
the_malaysian_cohort@yahoo.com.my

pasukan malaysia boleh

hari rabu nanti adalah penentu kepada pasukan senior kebangsaan bola sepak negara kita untuk melayakkan diri dalam pusingan ke tiga kelayakan piala dunia..ini kerana pasukan junior telah membuktikan bahawa rakyat malaysia boleh melakukan. Marilah kita menyokong pasukan negara dengan sepenuh hati..ini dapat menaikkan semangat para pemain dalam menghadapi perlawananan tersebut.. hidup malaysia..

Saturday, June 25, 2011

Lawan Malaysia diketahui 7 Julai



SKUAD Olimpik negara kini boleh bermegah apabila berada dalam kelompok 12 pasukan terbaik di Asia.

MALAYSIA sudah menempah tempat dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia bersama-sama Australia, Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Iraq, Oman, Qatar, Syria dan Uzbekistan bagi saingan bola sepak Kelayakan Olimpik 2012.

Tiga daripada pasukan-pasukan ini bakal diundi satu kumpulan dengan Malaysia pada majlis undian di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Bukit Jalil pada 7 Julai depan.

Tiga juara kumpulan akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London manakala tiga naib juara bakal bertemu sesama sendiri pada 25 hingga 29 Mac 2012 untuk dipilih menentang lawan dari Zon Afrika bagi merebut satu slot playoff.

Apa yang pasti, Malaysia membawa status sebagai wakil tunggal Asia Tenggara bagi menghadapi pusingan terakhir kelayakan Zon Asia itu yang dimonopoli negara-negara Timur Tengah.

Terdahulu pada pusingan pertama, Malaysia menyingkirkan Pakistan dengan agregat 2-0 setelah menang 2-0 di Shah Alam dan seri 0-0 di Lahore.

Pada pusingan kedua, Malaysia mengetepikan Lebanon 2-1 menerusi agregat 2-1 setelah seri 0-0 di Beirut pada Ahad lalu dan menang 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Bagi jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee, kejayaan melangkah ke pusingan terakhir Zon Asia itu berjaya menangkis keraguan sesetengah pihak terhadap kemampuan dirinya dan juga anak-anak buahnya.

Namun Kim Swee, 41, sedar enam perlawanan peringkat kumpulan yang bakal dihadapinya pada 21 September, 23 November, 27 November, 5 Februari 2012, 22 Februari 2012 dan 14 Mac 2012 merupakan cabaran yang cukup sukar.

"Saya rasa kita tiada pilihan untuk memilih pasukan mana yang mahu diundi bersama kita. Saya sedar harapan para peminat bola sepak negara begitu tinggi.

"Tapi kita kena realistik sekiranya ditakdirkan diundi satu kumpulan dengan pasukan-pasukan kuat seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia," katanya pada sidang media selepas perlawanan malam kelmarin.

Namun sedikit masalah bakal dihadapi Kim Swee kerana dia dan sebahagian besar skuadnya akan turut bersaing pada Sukan SEA 2011 di Jakarta dari 11 hingga 22 November depan.

"Memang jadual cukup ketat pada November depan. Keutamaan bukan saja pada Kelayakan Olimpik ini tetapi juga untuk kita mempertahankan pingat emas Sukan SEA.

"Mungkin kita akan tulis surat kepada FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) untuk menunda perlawanan kedua pada 23 November itu kerana ia hanya berlangsung sehari selepas Sukan SEA," jelas Kim Swee.

Sunday, June 19, 2011

Harimau Malaya makin ganas




HARIMAU Malaya terus mengganas. Semalam, mereka sekali lagi membuktikan kejaguhan selepas berjaya membenam Myanmar 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di Kota Bharu.

Kehilangan lima tonggak utama tidak merencatkan permainan selepas beberapa muka baru yang disenaraikan jurulatih, Datuk K.Rajagobal berjaya memikul tanggungjawab yang diberikan.

Seawal minit kelapan, Malaysia menguji gawang Myanmar menerusi rembatan kencang Baddrol Bakhtiar namun, sepakannya sedikit melepasi palang.

Dua minit kemudian giliran Myanmar menguji benteng Malaysia apabila Kyi Lin melakukan hantaran lintang yang gagal ditangkap oleh Sharbinee Allawee sebelum berjaya dikeluarkan oleh Helmi Rameli.

Pada minit ke-24 menyaksikan Helmi sekali lagi menyelamatkan gawang Malaysia selepas berjaya mengeluarkan bola hantaran lintang Kyaw Ko Ko tidak berjaya ditangkap kemas Sharbinee sebelum disambar David Than yang sudah bersedia menolak masuk bola tersebut.

Selang empat minit kemudian, stadium mula gempita dengan sorakan lebih 15,000 orang penonton selepas Amirulhadi Zainal berjaya memecah kebuntuan.

Gol tersebut berpunca daripada lambungan Baddrol mengucar-kacirkan benteng Myanmar sebelum Amirul yang tidak dikawal melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol,Kyaw Zin Htet.

Babak kedua bersambung, Malaysia tidak menunggu lama untuk menjarakkan kedudukan apabila giliran Baddrol mencatat nama sebagai penjaring.

Beliau yang tidak dikawal berjaya melepaskan rembatan kencang menarik selepas menerima hantaran lintang Abdul Hadi Yahya.

Baddrol berpeluang merekodkan satu lagi gol namun, beliau gagal memperdayakan penjaga gol Myanmar pada minit ke-67 selepas menerima lorongan daripada ketua pasukan, Safiq Rahim.

Dua minit berselang, peluang sekali lagi menjelma juga melalui Baddrol apabila gerakan yang bermula daripada Safiq yang turut melibatkan Ashaari Shamsuddin namun, rembatan pemain Kedah itu sedikit tersasar. sumber dari kosmo

Tuesday, June 14, 2011

malaysia kalah 4-0

apakah nasib pasukan malaysia selepas di malukan oleh kemboja 1-0 , nasib malaysia tercalar lagi dengan kekalahan 4-o oleh pasukan dari timur tengah.ini menunjukkan bahawa pasukan malaysia berada dalam mimpi atas kejayaan menjulang kemenang piala AFF dan sukan Sea..kita berharap supaya mereka bangkit dalam melawan pasukan Lubnan Dan menaikkan nama Pasukan Malaysia di mata Antarabangsa serta kedatangan penyokong di Stadium Bukit Jalil

Monday, June 13, 2011

'Tiada pilihan jual murah'



RUMAH Mohamad Khir yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor yang
mencetuskan kontroversi.

SHAH ALAM – Pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa beliau bersetuju menjual dua lot tanah dan sebuah banglo kepada Dr. Mohamad Khir Toyo pada harga RM3.5 juta kerana khuatir perniagaannya di negeri ini terjejas.

Shamsuddin juga memberitahu, beliau tiada pilihan selain bersetuju dengan hasrat Mohamad Khir untuk memiliki hartanah itu pada harga RM3.5 juta walaupun membeli hartanah itu pada harga RM6.5 juta daripada pemilik terdahulu, Saiful Aznir Shahabudin, 51.

“Saya sebagai ahli perniagaan di negeri ini dan dia (tertuduh) sebagai Menteri Besar, maka saya bersetuju.

“Saya ada projek, ada perniagaan, tiada pilihan dan saya terima saja pelawaan untuk membeli rumah tersebut,” kata Shamsuddin ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamad tentang persetujuannya untuk membeli hartanah itu.

Beliau yang merupakan saksi kedua pendakwaan turut berkata, hartanah itu pada mulanya mahu dijual kepada Mohamad Khir pada harga RM5 juta hingga RM5.5 juta kerana beliau membeli pada harga RM6.5 juta.

Bagaimanapun, Shamsuddin berkata, Mohamad Khir memaklumkan bahawa beliau hanya boleh membeli hartanah itu pada harga RM3.5 juta.

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)


Skim Latihan 1 Malaysia

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah idea YAB Perdana Menteri yang melibatkan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) menjalankan program secara Corporate Social Responsibility (CSR) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan menggunakan institusi latihan sedia ada.

Majlis Pelancaran Program SL1M telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 1 Jun 2011 di Pejabat Perdana Menteri.


Pada permulaan sebanyak 25 GLC dan Bank Negara Malaysia menjayakan program ini serta akan melibatkan lebih banyak GLC dan syarikat swasta pada masa akan hadapan.

Untuk memohon sila isi borang permohonan (application form) yang disediakan oleh GLC secara talian (online register) dilaman web organisasi yang terlibat.


Pelaksanaan Program SL1M

Ciri-ciri umum dan pendekatan pelaksanaan program SL1M adalah seperti berikut :

  1. Institusi pelaksana adalah terdiri daripada GLC yang akan melaksanakannya sebagai CSR;
  2. Struktur program latihan akan mengandungi elemen soft-skills dan minimum 6 bulan on-the-job training;
  3. Peserta yang tamat kursus akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan;
  4. Kriteria pemilihan peserta :
    1. Terbuka kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara yang mencapai skor CGPA sekurang- kurangnya 2.5; dan
    2. Pengambilan akan dibuat secara berperingkat mulai bulan Julai 2011;
  5. Kumpulan sasaran adalah graduan Ijazah Sarjana Muda yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat dan lulusan universiti yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed);
  6. Laman web SL1M – Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, telah mengadakan paparan khas mengenai SL1M dalam laman webnya dan dihubungkan dengan semua laman web GLC yang mengambil bahagian. www.epu.gov.my/sl1m; dan
  7. Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web GLC berkenaa

Senarai GLC yang mengambil bahagian dalam menjayakan program SL1M Fasa 1 adalah :

Bil.
Nama Syarikat
Program SL1MLogo
1.Affin Holdings Berhad

SL1M – AMP and FSTEP
(Affin Management Programme and Financial Sector Talent Enrichment Programme)

Affin Holdings Berhad
2.

Amanah Raya Berhad

SL1M – AmanahRaya Executive Associate

amanah raya
3.

Axiata Group Berhad

SL1M – BLUi
(BLUE interns)

axiata
4.

Bank Negara Malaysia

SL1M – BNMGP
(Bank Negara Malaysia Graduates Programme)

Bank Negara Malaysia
5.

Bank Pembangunan Malaysia Berhad

SL1M – BPGDP
(Bank Pembangunan Graduate Development Programme)

BPMB
6.

Bousted Holdings Berhad

SL1M – Boustead Graduate Internship Programme

Bousted Holdings Berhad
7.
Chemical Company of Malaysia Berhad
SL1M - CCM
Chemical Company of Malaysia Berhad
8.
CIMB Group Berhad

SL1M – CIMB
(Skill Enhancement Programme)

CIMB Group Berhad
9.

Khazanah Nasional Berhad

SL1M – GEMS
(Graduate Employability Management Scheme)

Khazanah Nasional Berhad
10.

Lembaga Tabung Haji

SL1M – TH
(Lembaga Tabung Haji)

TH
11.

Malayan Banking Berhad

SL1M – MAYBANK

Malayan Banking Berhad
12.

Malaysia Airports Holding Berhad

SL1M – Malaysia Airports

13.

Malaysia Building Society Berhad

SL1M – MBSB
(MBSB Graduate Training Programme)

Malaysia Building Society Berhad
14.

Malaysian Airlines System Berhad

SL1M – MGT
(MH Graduate Trainee) Programme

MAS
15.

Malaysian Resources Corporation Berhad

SL1M – MRCB

Malaysian Resources Corporation Berhad
16.

MIMOS Berhad

SL1M – MIMOS AcT
(MIMOS Acceleration Talent)

mimos
17.

Perbadanan Nasional Berhad

SL1M – PNS
(Graduate Talent Programme)

pns
18.

Permodalan Nasional Berhad

SL1M – PNB
(Investment Bridging Programme)

19.

Petroliam Nasional Berhad

SL1M – GEES
(Graduate Employability Enhancement Scheme)

Petroliam Nasional Berhad
20.

Sime Darby Berhad

SL1M – SD MAP 2011
(Management Apprenticeship Programme)

Sime
21.SIRIM Berhad

SL1M – STEP
(SIRIM Trainee Enhancement Program)

sirim
22.Telekom Malaysia Berhad

SL1M – TM GEOP
(TM Graduate Employability Outreach Programme)

Telekom Malaysia Berhad
23.

Tenaga Nasional Berhad

SL1M – Program Pembangunan Siswazah

Tenaga Nasional Berhad
24.

UDA Holdings Berhad

SL1M – SPP UDA
(Skim Pelatih Pengurusan UDA)

uda holding
25.

UEM Group Berhad

SL1M – UEM "YES"
(UEM Group Berhad "Young Executive Scheme")

UEM Group Berhad
26.

UMW Holdings Berhad

SL1M – UMW:GEP
(UMW Graduate Enhancement Programme)

UMW Holdings Berhad

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Latihan 1Malaysia sila hubungi di :

Urusetia Skim Latihan 1Malaysia
Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
Tel : 03-8872 3292
Faks : 03-8888 3857

Emel : sl1m@epu.gov.my

Laman Web : http://www.epu.gov.my/sl1m

Peluru berpandu di Spratly




TAIPEI - Taiwan merancang untuk mengerahkan pasukan bot peluru berpandu dan kereta kebal ke Kepulauan Spratly di Laut China Selatan yang dituntut beberapa negara termasuk Malaysia berikutan ketegangan di perairan berkenaan terus memuncak, kata seorang jurucakap tentera semalam.

Selain Malaysia, keseluruhan atau sebahagian Kepulauan Spratly yang kaya dengan simpanan minyak mentah itu juga dituntut oleh Taiwan, Vietnam, Brunei, Filipina dan China.

Kementerian Pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan memberitahu, negara itu bimbang pasukan pengawal pantainya yang ditempatkan di kepulauan berkenaan dan gugusan pulau Pratas tidak memiliki senjata berat sekiranya berlaku konflik.

"Pada masa ini, pasukan pengawal pantai kami di Nansha (Spratlys) dan Tungsha (Pratas) cuma dilengkapi senjata ringan," jelas jurucakap Kementerian Pertahanan Taiwan, David Lo kepada agensi berita Associated French Press (AFP).

Sunday, June 12, 2011

kelantan kalah

tahniah kepada pasukan terengganu yang menangi piala fa..tahniah jugak kepada pemain kelantan yang menjaringkan goal sendiri. hebat..

Monday, June 6, 2011

Penentuan juara liga

DEBARAN bagi penentuan kejuaraan Liga Super semakin menuju ke kemuncaknya dengan pertembungan dua pasu- kan teratas, Terengganu dan Kelantan malam ini.

Aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu juga diibaratkan sebagai perlawanan ‘prafinal’ Piala FA yang bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Namun bagi Terengganu, pertembungan malam ini begitu penting dalam misi membuka peluang mereka untuk muncul juara berganda musim ini.

Jurulatihnya, Irfan Bakti mengakui, hanya kemenangan ke atas Kelantan dapat merealisasikan impian skuad Penyu itu untuk muncul juara Liga Super buat kali pertama.

“Kalau kami mahu menjulang piala Liga Super, kami perlu memenangi perlawanan malam esok (malam ini).

“Selain itu, kemenangan juga akan memberi semangat tambahan kepada kami menjelang aksi final Piala FA,” kata Irfan kepada Kosmo! semalam.

Sebagai percaturan, Irfan me jelaskan, tumpuan perlawanan malam ini pastinya terarah kepada kelibat penyerang pasukannya, Abdul Hadi Yahya.

“Saya lebih suka melihat Terengganu sebagai satu pasukan tetapi tidak dinafikan sumbangan yang telah diberikan oleh Abdul Hadi.

“Dia adalah penjaring terbanyak liga setakat ini dan sudah pasti kehadirannya begitu diperlukan pasukan dalam usaha membolosi gawang Kelantan,” jelasnya.

Kelibat Abdul Hadi pada perlawanan ini merupakan penampilan sulung selepas kembali dari aksi antarabangsa.

Pada perlawanan persahabatan menentang Hong Kong, Jumaat lalu, Abdul Hadi yang pertama kali menyarung jersi Malaysia, berjaya menjaringkan gol tunggal untuk keputu- san seri 1-1.

“Kita harap dengan kehadiran Abdul Hadi dan beberapa lagi pemain kebangsaan lain, ia akan memberi kelebihan tambahan kepada kami,” ujar Irfan.

Sementara itu, bintang tengah Terengganu, Joseph Kalang Tie mengakui, pertemuan menentang Kelantan adalah pertembungan hidup mati.

“Ini adalah perlawanan penting bagi Terengganu dan sudah pasti pemain kedua-dua pasukan cukup tertekan.

“Bagaimanapun, kami akan beraksi di gelanggang sendiri dan harap sokongan peminat akan memberi keyakinan kepada kami untuk melakar kemenangan,” jelas pemain kela- hiran Sarawak itu.

Saturday, June 4, 2011

Subsidi Malaysia antara terbesar dunia


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan kerajaan merasionalisasi subsidi bukanlah langkah menghapuskan subsidi tetapi memastikan subsidi diberikan kepada kumpulan sasar dan sektor yang benar-benar layak lagi memerlukan.

Perdana Menteri berkata, subsidi di Malaysia adalah antara terbesar di dunia meliputi keperluan seharian rakyat seperti gula dan beras. Ini tidak termasuk subsidi tidak langsung meliputi perkhidmatan kesihatan dan pelajaran.

"Dalam mengurus negara, kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah matlamat tertinggi," katanya dalam ucapannya pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda di Istana Negara semalam.

Najib berkata, suatu keputusan yang tampak popular tidak semestinya menjadi satu tindakan terbaik untuk tempoh yang lebih lama. Untuk itu, dalam mengurus ekonomi negara adalah penting 'kita mengukur baju di badan sendiri'.

Bagi kepentingan ramai dan negara, sebuah kerajaan bertanggungjawab akan mencipta penyelesaian dan membuat pilihan mengutamakan masalah rakyat bukan sahaja untuk jangka masa pendek dan pertengahan tetapi juga untuk jangka masa panjang, katanya.

apa hendak jadi?

sekarang zaman dah berubah..agama sudah tidak di amalkan.budak umur 14tahun sudah pandai mengamalkan seks bebes bersama teman laki. ibu bapa sepatutnya melihat tingkah laku anaknya.jangan biarkan mereka bersendirian di rumah atau ke mana-mana.mereka mudah terpengaruh dengan kawan atau teman lelaki..sekiranya dibiarkan akan berlaku anak luar nikah , buang bayi dan pembunuhan..mereka pikir sedap saja