Friday, December 26, 2014

Sudah 20 Hari


Salam dan selamat pagi..rasanya sudah 20 hari nur aisyah safiyya binti norazman di lahirkan..ayahnya rindu betul dekat anaknya ..maklumlah anak pertama..ayahnya terpaksa berjauhan dengan aisyah disebabkan kerja..i love u my baby 



(Sedapnya tido)

Saturday, December 20, 2014

Tali pusat sudah tercabut

Salam dan selamat petang kepada pembaca blog saya..saya nur aisyah safiyya sudah berusia 15 hari di muka bumi allah swt..hari ini juga tali pusat saya sudah tercabut..tali pusat saya mengambil masa yang lama untuk tercabut berbanding dengan bayi lain..semoga saya sihat dan selamat..
(Comel tidak saya)
(Tali Pusat saya sudah tercabut)
(Saya pakai baju bunga2)

Tuesday, December 16, 2014

Tidur Bertepuk Sudah

Salam dan selamat pagi semua..hari ini adalah hari yang ke sepuluh nur aisyah safiyya dilahirkan di muka bumi allah swt ini..pelbagai ragam sudah ditunjukkan oleh si dia..termasuk lah ketika tido..si dia hendak ditepuk ketika hendak tido..klu xdapat mesti akan menangis..heheh

Thursday, December 11, 2014

Penyakit kuning

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya...Hari ini pagi-pagi sudah bawa nur aisyah safiyya ke klinik untuk mengetahui penyakit kuning..saya sabar je dengar dia menangis sebab kena cucuk jarum..mungkin ini lah pengalaman saya apabila bergelar seorang bapa..risau tidak tentu pasal..esok nur aisyah safiyya diminta hadir ke hospital pulak


(Nur aisyah safiyya di dalam kereta)

Wednesday, December 10, 2014

Syukur kepada Allah swt

Salam dan selamat malam kepada pembaca blog.saya bersyukur kepada allah swt yang telah menganugerahkan saya seorang anak perempuan yang sihat dan comel..setelah isteri saya menggunakan seluruh tenaga untuk melahirkan anak saya..barulah saya memahami dengan lebih tetap makna kasih ibu membawa sampai ke syurga..wahai anak-anak hargai ibu anda terutamanya lelaki..


(Nur aisyah safiyya)

Friday, December 5, 2014

Waktu semakin hampir

Salam dan selamat pagi saya ucapkan kepada pembaca blog saya..sesiapa yang sudah menjadi bapa..mesti mengalami perasaan seperti saya(anak yg sulung je..kedua dan ketiga mst tidak kan)..hanya allah swt sahaja tahu..
(Sehari sebelum masuk wad)

(muka hendak masuk wad)
(Pagi2 datang Demi isteri tercinta dan dikasihi)