Wednesday, December 16, 2015

#Lazada terbaikklah

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..sempena harijadi anak saya yg lepas..saya telah shopping online di lazada..harga dia memang sesuai dengan barang..barang pulak boleh sampai ke rumah..memang terbaikk..tengok lah anak perempuan saya boleh merempit sampai terjatuh..hehehe





Monday, December 14, 2015

#Parti Harijadi yang Pertama

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..pada 6.12 merupakan hari yang paling indah bagi saya dan isteri..ini kerana lahirnya puteri yang menyerikan lagi kehidupan kami suami dan isteri..saya berasa syukur sangat kepada allah swt yang memberi saya rezeki ini..amin..(biar gambar menceritakan segalanya)






Thursday, December 3, 2015

#lawak yang terbaik

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..macam lawak je apa yang di tulis oleh bangla ini..tetapi ingat jika betul apa yang ditulis oleh beliau..negara kita akan dikuasai oleh mereka dari segi ekonomi,perkhidmatan dan sebagainya..almaklum lah dalam masa tiga tahun mereka berada di malaysia 1.5juta orang..bukan saya cakap tapi TPM yang cakap..ye rezeki di muka bumi allah swt yang kasi..pemikiran saya tidak sempit..tetapi bersederhana dalam pelbagai benda adalah sunnah nabi kita..contohnya pengambilan pekerja dari luar negara😱😧😱😱😱

Wednesday, December 2, 2015

#subsidi perlu dihapuskan ????

Salam dan selamat pagi saya ucapkan kepada pembaca blog saya..tajuk yang saya tulis ini bukan kutuk orang tetapi sebagai rakyat biasa mungkin terasa jika barang keperluan kita naik..ditambahkan subsidi barang dihapuskan..sebagai rakyat biasa kita tidak pakai benda free dan semua benda kena bayar..mana ada barang turun walaupun minyak turun.???

Tuesday, December 1, 2015

#Di manakah negara islam

Salam dan selamat pagi kepada pembaca blog saya..maaf jika saya menulis di blog saya membuat anda rasa marah..sekarang turki da russia mengalami hubungan dinggin...Menembak pesawat Sukhoi 24 Rusia di atas wilayah udara Turki pada hari Selasa (24 Nov)  mengheret hubungan pemerintahan Ankara dan Moscow dalam bibir jurang perang tentera terbesar di abad ke-21.

Selain pemutusan hubungan diplomasi sepihak yang dilakukan oleh kerajaan Putin pada minggu lalu, Moscow juga merancang akan memutuskan hubungan ekonomi dengan Ankara yang dituduh sengaja menembak SU 24 di wilayah sempadan Syria.

Akan tetapi apa saja yang harus diberi perhatian oleh Rusia jika benar-benar ingin menggelar pencerobohan tentera terhadap Turki?

Berikut laporan Journal of America "National Interest" mengenai 6 perkara yang perlu difikirkan Rusia sebelum menyerang Turki:

1. Pesawat F-16 dan Peluru berpandu Jarak Menengah AIM-120 AMRAAM

Angkatan Udara Turki mempunyai sekurang-kurangnya 250 pesawat F-16, dan 30 di antaranya adalah F-16 Blok-50 yang merupakan versi terbaru dari pesawat ini.

Selain mempunyai ratusan pesawat udara, pesawat-pesawat F-16 Turki juga dilengkapi dengan peluru berpandu jangka sederhana AIM-120 AMRAAM yang mampu menjangkau sasaran sejauh 50 kilometer. Sebuah ancaman nyata bagi Tentera Udara Rusia.

Selain terkenal dengan ketepatan sasaran yang tepat, peluru berpandu AIM-120 AMRAAM juga boleh dilancarkan dari permukaan tanah ke udara.

2. Alat Gangguan Elektronik (Coral)

Ini adalah peralatan perang elektronik terbaru yang dibuat untuk mengelirukan dan menipu radar dan peralatan elektronik musuh baik di permukaan tanah, laut maupun udara.

Coral boleh digunakan untuk menggagalkan sasaran serangan musuh terhadap kemudahan-kemudahan ketenteraan milik Turki.

Peralatan yang dihasilkan oleh syarikat senjata dalam negeri "Oslaslan" mempunyai liputan 150 kilometer persegi.

3. Kapal Selam Kelas Gore

Mempunyai 4 kapal selam kelas Gore yang dihasilkan oleh Jerman, kapal selam yang boleh diam di dalam air ini boleh menjadi pembunuh tersembunyi bagi peralatan ketenteraan Rusia yang ditempatkan di Laut Mediterranean.

Kapal selam kelas ini dilengkapi dengan peluru berpandu Harpoon anti-kapal dan Tiger Fish peluru berpandu.

4. Kapal Peneroka Model "Ada"

Kewujudan kapal jenis ini merupakan ancaman serius bagi peralatan ketenteraan Rusia yang beroperasi di Laut Mediterranean. Direka dan dibina oleh anggota tentera Turki, kapal jenis Ada dilengkapi dengan 8 peluru berpandu Harpoon, dan meriam canggih dengan kelajuan tinggi.

5. Pasukan Khusus Katak Turki

Merupakan unit terbaik di antara pasukan elit Turki, pasukan Katak Turki boleh bekerja di semua lingkungan, dan menyelinap di belakang garis musuh baik dari laut ataupun darat.

6. Nato

Dan terakhir yang harus diambil kira Rusia jika ingin menyerang Turki adalah Pertubuhan Perjanjian Atalantik Utara atau yang dikenal Nato. Mana negeri Beruang Merah akan menghadapi negara-negara kuat Eropah dan AS jika berani menyerang Turki.

Perlu diketahui bahawa negara-negara anggota Nato wajib ikut serta membela jika ada salah satu anggotanya yang diserang.


(Gambar sekadar hiasan sahaja)