Saturday, July 30, 2011

Bola sepak negara kembali hangat



PERLAWANAN pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dengan Singapura menyaksikan satu situasi yang sudah lama tidak dirasai dalam sebarang perlawanan melibatkan skuad bola sepak kebangsaan.

Stadium Nasional, Bukit Jalil dibanjiri lautan hitam, kuning dan biru apabila puluhan ribu peminat daripada segenap lapisan masyarakat mengisi setiap sudut stadium.

Tatkala lagu Negaraku berkumandang di Stadium Nasional, Bukit Jalil, puluhan ribu penyokong bola sepak tempatan menyanyi dengan penuh semangat.

Kekalahan Malaysia kepada Singapura tidak sedikit pun menggugat kesetiaan penyokong pasu- kan negara.

Peminat wanita, Mazatul Rosidah Ahmad Tajuddin, 35, berkata, walaupun sedih, dia amat berbangga dengan persembahan skuad Harimau Malaya pada perlawanan tersebut.

"Saya akan terus setia menyokong pasukan kebangsaan. Walaupun kalah tetapi aksi mereka masih boleh dipuji," katanya.

Sebelum perlawanan bermula, perkarangan Stadium Nasional meriah dengan pelbagai ragam penyokong bola sepak tempatan, ada yang mengecat muka dengan warna hitam dan kuning sebagai tanda sokongan kepada skuad Harimau Malaya.

Masing-masing mempunyai cara sendiri menzahirkan sokongan mereka kepada skuad kebangsaan.

Di dalam stadium pula ada penyokong skuad Harimau Malaya menjulang sepanduk tertera 3-0 iaitu ramalan kemenangan pasukan negara ke atas Singapura.

Kata-kata semangat tanda sokongan tidak berbelah-bahagi sentiasa mengiringi skuad Harimau Malaya.

Setiap kali bola berada dalam kawalan pemain negara, segenap penjuru stadium bergema dengan sorakan penyokong.

Begitu juga setiap kali penjaga gawang, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menangkis percubaan penyerang Singapura Aleksandar Duric dan Qiu Li, stadium bergema dengan sorakan penonton.

Seorang peminat, Mohd. Firdaus Ahmad, 27, berkata, suasana bola sepak negara kini mengalami suatu perubahan positif iaitu semua golongan masyarakat berminat dengan perkembangan pasukan kebangsaan.

"Kalau dulu, lelaki saja yang sembang pasal bola tetapi sekarang, perempuan pun ligat sembang pasal bola, ini satu revolusi bola sepak negara," katanya.

Walaupun wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan, Takayama Hiroyoshi dari Jepun, penyokong masih setia menunggu dan ada juga yang masih bernyanyi tanda sokongan kepada pasukan negara.

Pasukan Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal tersingkir menerusi agregat 4-6 selepas tewas 3-5 pada perlawanan pertama pusingan kedua di Singa- pura, Sabtu lalu.

Kekalahan tersebut menamatkan cabaran pasukan negara dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia 2014.

Saturday, July 23, 2011

Harimau cedera di Kota Singa



SINGAPURA – Lapan gol terhasil pada pertembungan dramatik dua musuh tradisi, Malaysia dan Singapura di Stadium Jalan Besar di sini malam tadi. Namun kesudahannya, Malaysia tewas 3-5 pada aksi pertama pusi- ngan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 itu biarpun berjaya bangkit seketika setelah ketinggalan 1-4 pada babak pertama. Pada aksi malam tadi, anak- anak buah Datuk K. Rajagobal ter- nyata gagal beraksi pada tahap sebenar meskipun diiringi sokongan 1,500 penyokong Malaysia yang menyeberangi Tambak Johor.

Biarpun mendahului seawal 25 saat permainan bermula menerusi penyudah kemas Safee Sali, Singa- pura pantas menyamakan kedudukan menerusi Aleksandar Duric pada minit ketujuh. Singapura terus menghukum kelonggaran benteng pertahanan Malaysia dengan menambah tiga lagi gol hasil sepakan percuma Qiu Li (21), Mustafic Fahrudin (43) dan Shi Jiayi pada minit ke-45. Ketinggalan 1-4, Malaysia memulakan babak kedua dengan langkah kiri apabila kapten, Safiq Rahim dilayangkan kad merah pada minit ke-49.

Mujur pemain bek kanan Singa- pura, Ismail Yunos turut dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke-53. Kesempatan beraksi 10 lawan 10 kembali digunakan Malaysia untuk memperoleh gol kedua hasil jaringan penyerang gantian, Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-68 dan gol ketiga menerusi Safee seminit kemudian. Namun harapan melihat Malaysia bangkit menyamakan kedudukan 4-4 tidak kesampaian apabila Duric meledak gol kelima Singapura pada minit ke-80. Malaysia kini perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini seandainya mahu layak ke pusingan ketiga. sumber dari kosmo

FUZIAH SALLEH ATAU AZAN ISMAIL BAKAL KELUAR PKR



Pemerhati politik Negeri Pahang melihat PKR Pahang seperti retak menanti belah. Ahli-ahlinya sudah muak dengan permainan Azmin Ali yang mencatur tampuk kuasa politik PKR. Kumpulan Datuk Zaid Ibrahim menantikan perubahan dalam PKR namun tidak juga selesai menyebabkan mereka berkemungkinan bakal keluar PKR beramai-ramai.

Adalah tidak mustahil pemimpin PKR yang dimaksudkan mahu keluar parti adalah Fuziah Salleh kerana hilang kepercayaan dan kecewa dengan sikap pendendam Azmin Ali. (Sila rujuk : pahang dailly)

Keputusan Azmin Ali yang mengambil alih jawatan Pengarah Pilihanraya parti daripada Fuziah Salleh dilihat merupakan factor utama PKR bakal dipukul tsunami. Adalah lebih baik Fuziah Salleh keluar PKR kerana beliau telah ‘ditendang’ dari memegang jawatan penting dalam PKR.


Tidak mustahil juga pemimpin PKR yang bakal keluar PKR ialah Azan Ismail yang pernah meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR. Tindakan Azan Ismail ini mungkin disambut gembira oleh musuhnya dan seolah-olah memberi petunjuk bahawa Azan Ismail bakal berundur dari menjadi Ahli Parlimen Indera Mahkota.

Adalah lebih baik Azan Ismail keluar PKR kerana beliau juga seolah-olah telah dipermainkan oleh orang-orang tertentu. Berkemungkinan orang-orang yang menyokong Azmin Ali sahaja yang akan diletakkan sebagai calon. sumber pahang ku

Sunday, July 17, 2011

Tewas tapi melawan

SKUAD bola sepak kebangsaan tewas 3-6 kepada Liverpool pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam. Begitupun, aksi melawan anak- anak buah Datuk K. Rajagobal itu wajar dipuji apabila mereka tampil lebih agresif berbanding ketika tewas 0-4 kepada Arsenal pada Rabu lalu. Keenam-enam gol Liverpool dijaringkan oleh Charlie Adam, David Ngog (2), Maxi Rodriguez (2) dan Dirk Kuyt.

Manakala skuad kebangsaan membalas tiga gol menerusi kapten, Safiq Rahim dan dua jaringan penyerang sensasi, Safee Sali.

Rajagobal melakukan empat pe- rubahan pada kesebelasan utamanya dengan menyenaraikan Shar- binee Allawee Ramli, Muslim Ahmad, Baddrol Bakhtiar dan Abdul Hadi Yahaya. Liverpool pula yang dikemudikan oleh penolong pengurusnya, Steve Clarke selepas Kenny Dalg- lish terpaksa pulang awal ke England, membuat enam perubahan berbanding kesebelasan ketika menewaskan Guangdong Sunray Cave 4-3. Kedudukan babak pertama terikat 1-1 setelah sepakan penalti Adam pada minit ke-25 berjaya di- padam oleh sepakan percuma Safiq yang menewaskan Brad Jones minit ke-42.

Skuad kebangsaan bermula baik pada babak kedua tetapi kelalaian benteng pertahanan membenarkan Ngog mudah meledak dua gol pada minit ke-67 dan ke-68 mene- waskan penjaga gol gantian, Khairul Fahmi Che Mat.

Ketinggalan 1-3, Rajagobal memasukkan Safee pada minit ke-69 dan percaturan itu ternyata berhasil apabila penyerang Pelita Jaya itu berjaya meledak dua gol. Terdahulu Liverpool berjaya menambah gol keempat menerusi sentuhan Rodriguez pada minit ke-74.

Bagaimanapun semangat para pemain negara kembali melonjak apabila Safee menjaringkan gol kedua pada minit ke-78. Ia berpunca daripada kegagalan penjaga gol gantian Liverpool, Martin Hansen menangkap kemas bola rembatan Amirulhadi Zainal. Tiga minit kemudian, Safee merapatkan kedudukan 3-4 apabila pantas menyudahkan hantaran leret Rizal Fahmi Ab. Rosid untuk menewaskan Hansen buat kali kedua. Namun harapan untuk melihat Harimau Malaya bangkit menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila kelekaan barisan pertahanan sekali lagi dihukum pada masa kecederaan. Rodriguez menjaringkan gol kelima Liverpool pada minit ke-90, manakala Dirk Kuyt melengkapkan gol keenam minit ke-93.

Thursday, July 7, 2011

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Pulau Pinang



Berikut adalah jawatan kosong di Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang

  1. Jurutera Gred J41
  2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27
  3. Juruteknik Elektrik Gred J17

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 11 Julai 2011.

Klik di sini untuk muat turun tawaran iklan dan borang permohonan.




Jawatan Kosong di Pusat Pungutan Zakat MAIWP





Penolong Pegawai Kaunter PPZ ( 6 kekosongan )
  • Kelulusan sekurang-kurangnya STPM dan Sijil Tinggi Agama (STAM)
  • Berkemahiran menggunakan applikasi komputer dengan baik
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik
  • Lelaki sahaja

Calon-calon yang berminat sila tulis permohonan yang lengkap dengan menyatakan gaji yang dipohon, gambar berukuran pasport dan salinan sijil kepada :-

Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia
Pusat Pungutan Zakat MAIWP
Wisma PPZ, Dataran Shamelin
No 68 Jalan 4/91
Taman Shamelin Perkasa
56100 Kuala Lumpur

No Tel : 03-92895757

Tarikh tutup permohonan : 20 Julai 2011

Wednesday, July 6, 2011

Himpunan BERSIH: Pakatan gesa Najib patuhi janji

Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya "mematuhi janji" dengan menyediakan stadium kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan menyediakan sebuah stadium untuk perhimpunan Sabtu ini.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat juga berdiri teguh dengan BERSIH 2.0 yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.

"Maklumat akhir, perdana menteri dan Kementerian Dalam Negeri sengaja memberi pelbagai alasan untuk tidak membenarkan stadium digunakan.

"Saya difahamkan BERSIH masih lagi merujuk kepada Najib supaya (beliau) mematuhi janji (dan) jaminan beliau untuk menyediakan stadium supaya BERSIH dapat menganjurkan majlis dengan teratur dan aman sepertimana semangat (ketika mengadap) dengan Yang di-Pertuan Agong.

"(Sebab itu) Kita menyokong tindakan keputusan BERSIH untuk meneruskan perhimpunan itu di Stadium Merdeka," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat di Menara G di ibu negara petang ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Pakatan Rakyat kesal dengan kenyataan dan "sikap keterlaluan" Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang didakwanya "nampak menyimpang dari semangat rundingan" BERSIH dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Anwar mendakwa Hishammuddin seolah-olah menganggap BERSIH sebagai pertubuhan haram walaupun selepas bertemu dengan Seri Paduka.

"Maknanya Yang di-Pertuan Agong memanggil pertubuhan haram, kemudian semangat rundingan diketepikan begitu sahaja," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Polis Diraja Malaysia supaya mengambilkira semangat pertemuan tersebut dan menasihati agar tidak mengeruhkan keadaan dengan membuat tangkapan khususnya terhadap ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

Turut hadir dalam sidang media itu, ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu; setiausaha agung Datuk Mustafa Ali dan tokoh DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu, Lim berkata keputusan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan di stadium merupakan "satu restu" daripada Seri Paduka dan dengan persetujuan daripada Najib.

"Kami berharap selepas pertemuan semalam, menteri dalam negeri dan polis mengambil inisiatif untuk mengawalselia perhimpunan itu," katanya.

Katanya, dengan tindakan tersebut, masyarakat dunia boleh melihat Malaysia sebagai sebuah demokrasi yang membenarkan rakyatnya mengamalkan hak asasi mereka.

Manakala Mohamad pula menyentuh tindakan polis yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan yang dikatakan "tidak dapat mengawal ahlinya" termasuk kejadian yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Saya nampak polis tidak mengambil tindakan dan memberi amaran kepada kumpulan itu.

"Kita tidak nampak kenyataan pihak tertinggi polis, dan menteri dalam negeri untuk menghalang tindakan yang membuat kacau," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau menggesa polis "menunjukkan kewibawaan dengan menjaga keselamatan rakyat, dan bukan menjaga pihak tertentu".

Ditanya sekiranya pihak Stadium Merdeka tidak membenar penggunaannya pada tarikh tersebut, Mohamad berkata pihak stadium mesti membenarkan kerana ia adalah "janji perdana menteri".

"Semangat rundingan BERSIH dengan Yang di-Pertuan Agong, pindah perarakan awal ke stadium. Disahkan oleh perdana menteri, apa alasan nak batal.

"Jaminan diberikan, ini dipersetujui BERSIH," katanya.

Ditanya bagaimana cara pemimpin Pakatan Rakyat untuk pergi ke stadium berkenaan, dengan kemungkinan wujudnya sekatan, Anwar dengan beseloroh berkata: "Kalau boleh dengan helikopter".

Lantas Mohamad mencelah: "Tiada sungai untuk kami renangi", menyebabkan kira-kira 25 wartawan dan jurugambar ketawa.

"Kita guna kebijaksanaan dan kemahiran masing-masing," kata Anwar meredakan keadaan.

Katanya, tempat terakhir pemimpin Pakatan Rakyat akan berhimpun adalah di dalam stadium pada tarikh tersebut. sumber dari Malaysiakini

Saturday, July 2, 2011

Bekas Penolong Gabenor BNM didakwa

KUALA LUMPUR – Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 untuk membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan projek Percetakan Wang Polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Mohamad Daud Dol Moin, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Bagi kedua-dua tuduhan tersebut, tertuduh didakwa menerima rasuah wang tunai masing-masing RM50,000 daripada ahli perniagaan, Abdul Kayum Syed Ahmad, 62, melalui orang tengah dalam membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan projek Percetakan Wang Polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam Restoran Dome beralamat G7 Ground Floor, Bangsar Shopping Centre di sini pada 1 Disember 2004 dan 16 Februari 2005.