Saturday, April 23, 2011

RM3.38b tingkat sektor pertanian


NAJIB bersalaman dengan anggota Kor Tani yang terdiri daripada petani, penternak dan nelayan pada majlis Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan 2011 di Serdang semalam.


SERDANG - Kerajaan memperuntukkan RM3.38 bilion bagi membiayai perbelanjaan mengurus serta pelaksanaan projek-projek pembangunan pertanian tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, bidang pertanian akan terus diberi keutamaan kerana sektor itu adalah kritikal untuk kesejahteraan rakyat.

"Jika gagal untuk menambah sumber bekalan makanan, rakyat akan menghadapi inflasi harga kenaikan barangan makanan.

"Oleh itu, satu daripada jawapan kepada ancaman ini, kita perlu berusaha lebih gigih agar sumber bekalan makanan tempatan dapat ditingkatkan," katanya ketika merasmikan Hari Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan 2011 di sini semalam.

No comments: