‘BULU tangkis kini kembali ke tangan Datuk Misbun Sidek’ selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam mengesahkan sudah mengemukakan kontrak baru kepada jurulatih ‘yang teristimewa’ itu untuk ditandatangani.
Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata pihaknya sudah bertemu Misbun minggu lalu bagi membincangkan kandungan kontrak baru dan menyerahkan kepadanya untuk menghalusi sebelum membuat keputusan dan menandatanganinya.
Namun, berdasarkan situasi semasa, Misbun dijangka tidak akan kembali melatih Chong Wei selepas pemain nombor satu dunia itu menyuarakan isi hatinya bahawa dia kian selesa berlatih di bawah Tey Seu Bock dan Rashid Sidek selepas ketiadaan mentornya itu.
Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh menegaskan pihaknya akan mengambil kira dan memberi keutamaan kepada kemahuan Chong Wei.
No comments:
Post a Comment