|
LONDON - Cardiff City akan beraksi dengan semangat juang yang tinggi
pada final Piala Liga menentang Liverpool di Stadium Wembley malam ini.Meskipun turun selaku pasukan underdog, kelab Wales itu tidak gentar untuk berdepan skuad The Reds yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang.
Pengerusi Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee berkata, para pemain sudah
berse- dia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi perlawanan yang
dianggap penting dalam sejarah kelab itu."Apa sekalipun keputusannya malam esok (malam ini), saya tetap berasa
bangga. Ini kerana kejayaan Cardiff melangkah ke final sudah dianggap
sebagai suatu kejayaan dan sejarah buat kelab ini."Bermain di Stadium Wembley adalah suatu kebanggaan buat para pemain
dan penyokong Cardiff. Namun, apa yang lebih penting adalah kejayaan
Cardiff juga dianggap sebagai suatu kejayaan buat rakyat Malaysia."Nama Malaysia akan terpampang di jersi para pemain Cardiff dan ia
adalah sesuatu yang membanggakan," kata Tien Ghee kepada pemberita
Malaysia di Hotel Berjaya Eden Park semalam.Mengulas lanjut mengenai perlawanan malam ini, Tien Ghee berkata,
para pemain Cardiff telah berlepas ke padang latihan Chelsea di London
untuk menjalani latihan ringan bagi menghadapi aksi final itu.Katanya, meskipun menyedari cabaran getir yang bakal dihadapi, para
pemain tidak menunjukkan sedikit pun perasaan takut, sekali gus berazam
untuk melakar satu lagi sejarah malam ini."Pagi tadi (semalam), saya sempat bertemu para pemain sebelum mereka
berlepas ke London. Saya lihat mereka semua bersemangat dan tidak sabar
untuk menghada- pi perlawanan itu."Malah, status pasukan underdog langsung tidak menjejaskan
persiapan mereka. Sekiranya semangat seperti ini dapat dikekal- kan
sehingga perlawanan sebenar nanti, saya percaya kami mampu mencipta
kejutan."Saya yakin para pemain Cardiff dapat menyesuaikan diri dengan
suasana malam esok (malam ini) meskipun bermain di gelanggang lawan dan
di depan ribuan penyokong Liverpool."Namun, dengan kehadiran kira-kira 32,000 orang penyokong Cardiff ke
Stadium Wembley, ia sudah cukup untuk memberikan motivasi dan semangat
kepada para pemain," katanya yang turut yakin Jalur Gemilang akan berki-
bar di Stadium Wembley malam ini.
Memiliki rekod selaku juara kelab Eropah sebanyak lima kali, Liga
Perdana England (18 kali), Piala FA dan Piala Liga (7 kali), Li- verpool
yang dibimbing Kenny Dalglish diletakkan sebagai pilihan untuk menjadi
juara.Keyakinan itu semakin jelas selepas skuad The Reds dibarisi
ramai pemain berstatus bintang seperti kapten Steven Gerrard, Andy
Carroll, Dirk Kuyt dan penye- rang kontroversi Uruguay, Luis Suarez.
Selain itu, kehadiran semula penyerang Wales, Craig Bellamy di
Anfield dianggap sebagai satu kelebihan buat Liverpool kerana bekas
pemain Manchester City ini pernah dipinjamkan ke Cardiff pada musim
2010-2011.
Bagaimanapun, kemampuan Cardiff yang dibimbing Malky Mackay tidak
boleh dipandang rendah kerana ketika ini semangat para pemainnya berada
di puncak.Selain memburu slot ke kempen Liga Perdana England musim depan, kelab
Liga Kejuaraan itu turut berazam untuk menamatkan kemarau trofi selepas
kali terakhir menjuarai Piala FA pada 1927.Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah dalam
kempen Piala Liga pada 31 Oktober 2007 yang berkesudahan Liverpool
menang 2-1, sekali gus mara ke pusingan kelima.
Ia juga adalah kali kelima Cardiff beraksi di Stadium Wembley selepas kali terakhir pada final playoff Liga Kejuaraan 2010 menentang Blackpool.
No comments:
Post a Comment