Tuesday, October 4, 2011

Joseph, Yong muka baharu skuad negara




KHAIRUL FAHMI tetap diberi kepercayaan untuk menjaga gawang skuad negara.


JOSEPH Kalang Tie, Yong Kuong Yong adalah antara muka baharu yang berjaya mendapat tempat dalam skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal.
Skuad kebangsaan yang terdiri daripada 22 pemain itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam dan mereka akan berlepas ke Australia minggu ini bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan Australia.
Aksi persahabatan itu dijadualkan berlangsung pada 7 Oktober ini (Jumaat) di Canberra.
Ia merupakan pertemuan pertama buat kedua-dua pasukan dalam tempoh 20 tahun.
Pemilihan Joseph dalam skuad tersebut bakal memberi banyak pilihan kepada Rajagobal untuk merancang kesebela- san utamanya, terutamanya di bahagian te- ngah yang turut membariskan Baddrol Bakhtiar.
Joseph beraksi dengan skuad Terengganu dalam saingan liga tempatan telah mempa- merkan aksi cemerlang dalam merencana- kan rentak permainan skuad Penyu.
Aksi konsisten yang dipamerkannya dalam saingan domestik itu berjaya memikat hati Rajagobal yang sememangnya mencari pemain tengah berkualiti.
Kuong Yong pula yang merupakan watak utama di jentera serangan skuad Kuala Lumpur memiliki tindakan penyudah yang tidak kurang hebatnya.
Kehadirannya dalam skuad kebangsaan sudah pasti membawa sinar baharu selain menjanjikan saingan sengit untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.
Begitupun, dia perlu bersaing dengan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd. Safee Sali yang sudah membuktikan keistimewaan sebagai penggempur berbisa.
Turut disenaraikan dalam senarai 22 pemain itu ialah pemain veteran, Norhafiz Zamani Misbah yang turut mempamerkan aksi konsisten dalam liga domestik.
Khairul Fahmi Che Mat pula terus diberi kepercayaan untuk bertindak sebagai penjaga gawang.

No comments: