Friday, February 4, 2011

pemain tempatan ke liga Jepun dan Korea

salam , saya ucapkan kepada semua..tahniah kepada sultan pahang iaitu ke bawah duli sultan ahmad shah kerana memberi peluang kepada pemain tempatan kita beraksi di liga jepun atau korea..ini kerana mereka dapat meningkatkan pemainan mereka pada masa depan..pemain yang akan di hantar ke sana dijangka pada usia muda..memang bagus jikalau pemain muda bermain di sana..jikalau Fam hendak hantar mereka ke sana mesti lah bawah 25 tahun ke bawah dan jangan lah 25 tahun ke atas...jika Fam hendak menghantar 25 tahun keatas mesti lah hantar di rantau asia tenggara sahaja bagi menambah pengalaman mereka. ini kerana liga jepun dan korea corak pemainan diaorang adalah laju..sepatutnya Fam memberi peluang kepada pemain muda contohnya muslim ahmad , khairul fahmi dan juga pemain lain..ini kerana safee sali menyatakan di dalam berita bahawa beliau hendak bermain di liga rantau asia tenggara kerana beranggapan bahawa beliau tidak sesuai bermain di sini..tidak dinafikan bahawa safee sali adalah penyerang yang terbaik pada masa kini di malaysia..beliau mempunyai tendangan yang amat kuat. lagipun sekarang banyak pasukan liga malaysia mengambil pemain muda dalam menguatkan pasukan masing-masing. hal ini dapat dibuktikan bahawa harimau muda A dapat menewaskan pasukan pahang dan pasukan negeri sembilan hanya menewaskan mereka 1-0 sahaja..sekarang dunia telah memandang pasukan jepun merupakan yang terkuat di asia..setiap negara ingin menjadi seperti mereka...jurulatih arsenal pernah melatih pasukan kelab dari jepun dan beranggapan bahawa satu hari mereka akan menjadi persaing kepada pasukan bola sepak eropah dan amerika latin..jurulatih k.rajagopal telah meminta resume setiap pemain bola sepak negara untuk di bawa kepada kelab di jepun dan korea..sekarang adalah masa yang terbaik bagi kemajuan bola sepak negara kerana ia juga disenaraikan dalam perjalanan ke london...

No comments: