Tuesday, August 9, 2011

6 pemain senior jadi taruhan



PEMAIN-PEMAIN skuad Olimpik negara gigih menjalani latihan di Slovakia semalam menjelang aksi menentang kelab dari Hungary malam ini.


JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee bakal menurunkan enam pemain kebangsaan dalam kese- belasan utamanya pada aksi menentang kelab Liga Divisyen Satu Hun- gary, Budapest Honved malam ini.

Ia merupakan aksi persahabatan keempat skuad B-22 negara itu dalam siri latihan sebulan di Slovakia selepas mereka cemerlang menewaskan Bodva Moldava 1-0, Topvar Topolcany 2-1 dan Liptovsky Mikulas 2-1 sebelum ini.

Satu-satunya perlawanan di luar Slovakia itu akan berlangsung di Budapest, Hungary, kira-kira tiga jam perjalanan dari kem latihan skuad negara di Zlate Moravce pada 5 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Menurut Kim Swee, beliau akan mencuba kesebelasan bayangan bagi persiapan menghadapi aksi sulung pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia bertemu Jepun di Tosu, Fu- kuoka tanpa Gary Steven Robbat dan Ahmad Fakri Saarani.

"Kemungkinan enam pemain kebangsaan (Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, K. Gurusamy dan Izzaq Faris Ramlan) akan diturunkan pada babak pertama nanti.

"Fakri mungkin hanya akan dimasukkan pada babak kedua kerana dia tidak dapat beraksi menentang Jepun akibat kad merah yang diterima ketika bertemu Singapura. Begitu juga Gary yang menerima kad merah ketika bertemu Lebanon.

"Namun Gary tidak akan beraksi menentang Honved ini kerana dia bersama-sama Irfan Fazali, Affize Faisal Mamat, Izuan Solahuddin dan Syaz- wan Tajuddin mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.

Ditanya adakah skuadnya dalam tekanan bagi mempertahankan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan, Kim Swee berkata, ia bukan sesuatu masalah tetapi apa yang penting setiap pemain perlu melaksanakan tugas serta meningkatkan semangat berpasukan.

"Dengan adanya tujuh pemain kebangsaan yang baru tiba ini, saya harap momentum kita di sini akan lebih positif serta mendapat keputusan yang baik.

"Apa yang saya lihat, pemain begitu fokus dan bekerjasama dengan baik sama ada dalam atau luar padang," jelasnya.

Saturday, August 6, 2011

melayu keluar agama islam

saya berasa amat takut sekarang, bagaimana melayu yang beragama islam boleh keluar dari agama islam..walaupun menghadapi masalah yang kecil sahaja iaitu tidak mempunyai kewangan..kita bersepatutnya teguh kepada agama kita..kerana kita dah diajar dari kecil bahawa tuhan yang satu adalah allah...jangan lah termakan godaan daripada orang kafir yang ingin membantu dari segi kewangan atau apa-apa sahaja kerana mereka mungkin ada niat yang tersembunyi..Apa Yang mufti Perak cakap terdapat 250000 orang melayu keluar daripada agama islam amat menyedihkan..moga2 kita semua terlindung daripada bala Allah s.w.t..