Monday, August 22, 2011
geram betul
Wednesday, August 17, 2011
PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA
Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke Persada Dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf pembekal khidmat seperti berikut:
PENGAMBILAN SECARA PEMBEKAL KHIDMAT
(Melalui satu Perjanjian/Kontrak dari setahun ke setahun
berdasarkan keperluan)
1. PEGAWAI TADBIR
KELAYAKAN:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun;
- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa atau Perundangan yang
- diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Mahir berkomunikasi dan menulis laporan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa InggerĂs;
- Mempunyai pengalaman kerja selama 2 tahun dalam bidang perfileman;
- Fee bulanan diantara RM 3,000.00 – RM 3,500.00 (boleh dirunding)
- Bilangan kekosongan : 2 Jawatan
FUNGSI BIDANG TUGAS:
- Membantu menyelaras program mempromosi lokasi penggambaran dan kemudahan perfileman di Malaysia.
- Membantu menyelaras rangka operasi dan strategi unit sebagai Suruhanjaya Perfileman
- Membantu menyelaras kawal selia dasar dan peraturan berkaitan bidang perfileman
- Membantu menyelaras pengumpulan maklumat dan data berkaitan penggambaran filem.
- Membantu menyelaras, mengurus dan melaksanakan aktiviti-aktiviti unit
- Melaksanakan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
2. PEMBANTU TADBIR
KELAYAKAN:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
- Fee bulanan :- RM 1,200.00
- Bilangan kekosongan: 2 Jawatan
3. PENYUNTING VIDEO (EDITOR)
KELAYAKAN:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18;
- Diploma dalam bidang Kreatif Multimedia, Penyiaran atau berkaitan.
- Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan;
- mempunyai pengalaman kerja selama 2 tahun dalam bidang berkaitan, penyuntingan video
- Fee bulanan diantara RM 2,500.00 - RM 3,000.00 (boleh dirunding)
- Bilangan kekosongan: 1 Jawatan
FUNGSI BIDANG TUGAS:
(i) Mempunyai kreativiti dalam membuat suntingan video agar hasil suntingan dapat memenuhi kehendak pelanggan
(ii) Mengendali semua mesin-mesin penyuntingan bagi format SD, HD dan ke atas
(iii) Membuat runding cara dan cadangan kepada pelanggan tentang konsep penyuntingan yang bersesuaian
(iv) Memastikan peralatan dalam keadaan optimum dan membuat laporan kerosakan sekiranya ada
4. EKSEKUTIF PEMASARAN
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun;
- Diploma dalam bidang Pemasaran atau berkaitan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan;
- Mempunyai pengetahuan tentang peralatan perfileman
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan
- Fee bulanan diantara RM 2,000.00 - RM 2,500.00 (boleh dirunding)
- Bilangan kekosongan: 1 Jawatan
FUNGSI BIDANG TUGAS :
- Membantu pengurusan Bahagian Pemasaran
- Menguruskan sewaan peralatan & studio
- Menerima tempahan dari pihak pelanggan
CARA MEMOHON
(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang PKFNM 1/96 yang boleh diperolehi secara percuma dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor (Tel: 03-41041300) atau dari laman web http://www.finas.gov.my . Borang salinan pendua boleh digunakan.
(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan ‘resume’ dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Semua salinan dokumen mesti disahkan.
Borang Permohonan Jawatan di FINAS
ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
(a) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada :
Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)
(b) Tarikh tutup: 22 Ogos 2011
CATATAN AM
(a) Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(b) Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
Hukum penyimbah asid setimpal
KUALA LUMPUR – Undang-undang sedia ada untuk menghukum penjenayah simbahan asid perlu dikemas kini supaya hukuman setimpal dengan kecacatan kekal yang dialami mangsa dapat dikenakan terhadap penjenayah terbabit.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, berdasarkan kes-kes lepas, pihak polis mengkategorikan kesalahan simbah asid di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum tiga tahun penjara dan denda RM1,000 terhadap pesalah.
Tegas beliau, hukuman tersebut jelas tidak setimpal jika dibandingkan dengan kecederaan teruk dan trauma yang dialami mangsa.
“Secara peribadi, saya melihat hukuman yang dikenakan ketika ini tidak cukup tegas bagi mengekang jenayah simbahan asid yang sedang berleluasa di negara kita.
“Orang yang tidak bertanggungjawab akan terus-menerus menjadikan asid sebagai senjata mudah untuk melepaskan dendam mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa simbahan asid, Mohd. Rafi Abdul Latiff, 28, di Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Besar Kuala Lumpur semalam.
Mangsa dikatakan disimbah dengan asid ketika sedang menunggu rakannya di dalam kereta di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raya Laut selepas membeli-belah persiapan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira pukul 1.10 pagi pada 8 Ogos lepas.
Anak ketiga daripada empat adik-beradik itu melecur teruk di muka, kedua-dua belah tangan dan mata kanannya kabur kesan simbahan asid tersebut.
Sementara itu, Muhammad Khairun turut menggesa setiap pembelian asid oleh orang ramai didaftarkan supaya ia dapat direkodkan bagi memudahkan pemantauan oleh pihak berkuasa.
“Saya yakin melalui tindakan itu, ia akan dapat memberi persekitaran yang lebih selamat kepada komuniti,” ujarnya.
Sementara itu, abang mangsa, Pegawai Staf 2 di Dasar Latihan Peperangan Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Mohd. Jeffry Abdul Latiff, meminta kerajaan memperluaskan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) terutamanya di kawasan awam.
“Rakaman melalui CCTV ini akan dapat membantu pihak berkuasa mengesan penjenayah,” katanya.
Saturday, August 13, 2011
Tindakan pantas bapa selamatkan anak gadis diculik
Friday, August 12, 2011
kuala lumpur xmacam london
Tuesday, August 9, 2011
keadaan Kampung
Bonus setengah bulan untuk kakitangan awam, pesara
KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.
Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - Bernama
6 pemain senior jadi taruhan
JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee bakal menurunkan enam pemain kebangsaan dalam kese- belasan utamanya pada aksi menentang kelab Liga Divisyen Satu Hun- gary, Budapest Honved malam ini.
Ia merupakan aksi persahabatan keempat skuad B-22 negara itu dalam siri latihan sebulan di Slovakia selepas mereka cemerlang menewaskan Bodva Moldava 1-0, Topvar Topolcany 2-1 dan Liptovsky Mikulas 2-1 sebelum ini.
Satu-satunya perlawanan di luar Slovakia itu akan berlangsung di Budapest, Hungary, kira-kira tiga jam perjalanan dari kem latihan skuad negara di Zlate Moravce pada 5 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).
Menurut Kim Swee, beliau akan mencuba kesebelasan bayangan bagi persiapan menghadapi aksi sulung pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia bertemu Jepun di Tosu, Fu- kuoka tanpa Gary Steven Robbat dan Ahmad Fakri Saarani.
"Kemungkinan enam pemain kebangsaan (Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, K. Gurusamy dan Izzaq Faris Ramlan) akan diturunkan pada babak pertama nanti.
"Fakri mungkin hanya akan dimasukkan pada babak kedua kerana dia tidak dapat beraksi menentang Jepun akibat kad merah yang diterima ketika bertemu Singapura. Begitu juga Gary yang menerima kad merah ketika bertemu Lebanon.
"Namun Gary tidak akan beraksi menentang Honved ini kerana dia bersama-sama Irfan Fazali, Affize Faisal Mamat, Izuan Solahuddin dan Syaz- wan Tajuddin mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.
Ditanya adakah skuadnya dalam tekanan bagi mempertahankan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan, Kim Swee berkata, ia bukan sesuatu masalah tetapi apa yang penting setiap pemain perlu melaksanakan tugas serta meningkatkan semangat berpasukan.
"Dengan adanya tujuh pemain kebangsaan yang baru tiba ini, saya harap momentum kita di sini akan lebih positif serta mendapat keputusan yang baik.
"Apa yang saya lihat, pemain begitu fokus dan bekerjasama dengan baik sama ada dalam atau luar padang," jelasnya.